Sabtu, 3 April 2010

Bebasnya Ayam Kampong

By Idris Ismail Talu

Bila berpeluang ke kampong-kampong, kita akan melihat perkara-perkara yang agak ganjil seperti ini. Ayam kampong yang lebih suka mendiami pokok manggis sebagai sarangnya walau pun disediakan reban oleh tuannya.







©idrisismailtalu@2010

2 ulasan:

  1. Tuan haji, salam...

    Demikianlah kebebasan yang diperjuangkan oleh ayam-ayam kampung yang diandai orang sedap rasanya berbanding ayam bandar. Bukan senang utk menangkap ayam kampung ni ( sebab itu mereka tidak perlukan reban )namun ayam-ayam kampung terlepas juga ke kota dan bandar lalu menjadi mangsa mereka yang lahap.

    Pengawalan kepada kebebasan yang sempurna semakin dikaburkan teorinya.

    BalasPadam
  2. Wa'alaikumussalam Tuan Haji Hashim,

    Saya amat bersetuju dengan pandangan Tuan Haji. Ramai yang berjaya di bandar kini pun asalnya dari kampung juga.

    Yang jadi Johan Qari dan Qariah berasal dari kampung. Yang jadi Menteri pun ramai berasal dari kampung. Yang jadi pensyarah pun ramai yang berasal dari kampung. Yang menjadikan mereka berjaya ialah ilmu.

    Kepada kita yang sudah pencen belaka ini, yang boleh kita buat ialah beri kesedaran bahawa ilmu itu keperluan setiap orang - kepada anak cucu kita khususnya.

    Kawalan yang Tuan Haji katakan itu memang benar.

    BalasPadam