Dipetik dari Utusan Malaysia Online
HULU TERENGGANU 13 April – Kementerian Luar Bandar dan Wilayah akan menambah peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi membangunkan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan unggul di rantau ini.
Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bagaimanapun tidak menyebut jumlah peruntukan tersebut tetapi menjanjikan peningkatan berbanding peruntukan dalam RMK-9 iaitu sekitar RM19 juta.
Menurutnya, tambahan peruntukan itu dibuat berdasarkan pelbagai tarikan semula jadi yang terdapat di Tasik Kenyir yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan terkenal.
Beliau yang kagum dan terpesona dengan keindahan di tasik berkenaan turut percaya bahawa masih ramai yang belum mengetahui secara lebih mendalam mengenai Tasik Kenyir dan ia perlu diselongkar untuk pengetahuan umum.
“Peranan Ketengah (Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah) di Tasik Kenyir sangat penting untuk tarik lebih ramai pelancong ke situ. Ia juga dapat bantu masyarakat setempat memasarkan produk pelancongan seperti ternakan ikan dan sebagainya,” katanya.
Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas diberi taklimat mengenai kemajuan Tasik Kenyir di Petang Island Resort di tasik tersebut dekat sini hari ini. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
Sebelum itu, Shafie mengunjungi Santuari Kelah di tasik berkenaan sambil meninjau kehidupan habitat ikan kelah yang turut diiringi Pengurus Besar Ketengah, Hamzah Ngah.
Beliau seterusnya berkata, usaha memajukan Tasik Kenyir akan membolehkan masyarakat setempat turut mendapat tempias dari segi peningkatan sumber pendapatan.
“Selain berpotensi sebagai destinasi pelancongan, Tasik Kenyir juga memberi ruang untuk buat kajian selain perfileman dan dokumentari. Keindahan semula jadi di tasik ini perlu dipelihara,” ujarnya.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0414&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm
Ikan kelah di Tasik Kenyir, memang hanyir Tuan Haji. Buat gulai masam tempoyak cara Lepih mungkin boleh sampai tahap berapi...hi hi hi...
BalasPadamKawan belum pernah ke Kenyir lagi Tuan Haji. masa dok di Lepih dulu kawan kerap ke Kuala Tahan - tapi masa tu belum ada cerita buat film karut tu. Ada sorang pengusaha restoran Cina di Kuala Tahan tu baik dengan rakan sekerja kawan, nama Lo wan Wah (punya banyak kebun getah di Penjom, ayahnya bekas CC JKR)- selalu bagi jelawat atau kelah Ulu Tembeling ke Lo ni.
BalasPadamLe ni lama dah tak ke Kuala Tahan dan kerja pulak banyak berkaitan peperiksaan di universiti.