Berita ihsan Utusan Malaysia
KAHERAH 11 Mac - Jenazah Sheikh Al-Azhar, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi hari ini selamat dikebumikan di Jannatul Baqee, Madinah yang menempatkan makam saudara- mara dan sahabat Nabi Muhammad SAW, selepas jenazahnya disembahyangkan di Masjid Nabi.
Jenazahnya sebelum itu diterbangkan dari Riyadh selepas menghembuskan nafas terakhir semalam, setelah mengadu sakit dada dipercayai akibat diserang sakit jantung.
Sementara itu, jawatan Sheikh Al-Azhar akan dipangku oleh timbalan beliau, Mohamed Wasel sehingga Presiden Mesir, Hosni Mubarah melantik ketua baru institusi Islam tersebut.
Wasel, sebelum ini mengepalai jawatankuasa dialog antara agama Al-Azhar, yang mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir yang menghantar sarjananya untuk mengajar di negara dunia Islam.
"Kerajaan biasanya memilih ulama berfahaman sederhana dan apa yang kami minta adalah seorang yang akan bekerja untuk kepentingan rakyat dan tidak akan berat sebelah kepada kerajaan tetapi mengutamakan kebenaran," kata Sheikh Mahmoud Hamdy Mugahed, bekas sarjana Al-Azhar yang kini menganggotai Parlimen.
Berita seterusnya di: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0312&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm
Ihsan: Utusan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan