Khamis, 11 Februari 2010

Lemon Di Tepi Jalan

By Idris Ismail Talu

Gambar pokok lemon yang kecil tetapi berbuah lebat ini, penulis potretkan di Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang. Lihat betapa suburnya bumi Pahang Darul Makmur, pokok kecil sahaja, tetapi berbuah lebat. Syukur kita ke hadrat Illahi atas limpahan rezeki ini.

Di kampong orang Melayu, lemon jarang digunakan dalam masakan - buahnya bergelimpangan di tanah. Penulis menggunakannya untuk membersihkan bau hanyir tangan bila menyiangkan ikan air tawar sahaja.

Sahabat kita kaum India suka menjerukkan buah lemon ini. Penulis masih ingat lagi di awal tahun 1970an dahulu, Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak di Sungai Jerik banyak menanam pokok lemon ini untuk kajian mereka. Sudah lama penulis tidak sampai ke Pusat Penyelidikan Tun Razak ini.



Lemon di Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands.



©idrisismailtalu@2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan