By Idris Ismail Talu
Gambar ini diambil semasa pulang kampong pada tahun 2004. Isteri penulis, Salbiah berdiri di bahagian atas Resort Nuansa Maninjau, Embun Pagi. Tasik yang kelihatan dalam gambar ialah Danau Maninjau - yang dikatakan berasal dari sebuah kawah gunung berapi.
Resort ini terletak di daerah Matur di tepi Danau Maninjau, Sumatra Barat, Indonesia. Melihat keindahan alam di sini, airmata penulis menitis mengenangkan keindahan alam yang ditinggalkan oleh datok penulis untuk merantau sampai ke Lenggong, Perak. Kenapa ya? Ianya terus berlegar di fikiran penulis.
Jauh di latar belakang, ialah Mukomuko, salah satu pintu masuk ke Maninjau.
©idrisismailtalu@2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan