Isnin, 25 Januari 2010

Seminar Serantau Seabad Buya Hamka

Kuala Lumpur, 25 Januari 2010

Seminar Serantau Seabad Buya Hamka yang dirasmikan oleh YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia di Bilik Senat, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dalam Ucap Utama Majlis Perasmian Seminar Serantau Seabad Buya Hamka, YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata, "Seminar ini memberi impak ke arah peningkatan ilmu dan pembentukan peradaban bangsa. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka, anak kelahiran Minangkabau (Indonesia), yang mempunyai pengaruh intelektual yang besar, meliputi pelbagai bidang keagamaan, sastera, falsafah, sejarah dan kewartawanan.


YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim (kiri) beramah mesra dengan Y.Bhg. Drs. H. Rusdi Hamka (kanan), adalah anak Buya Hamka disaksikan oleh Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (tengah), Naib Censelor Universiti Kebangsaan Malaysia. Foto: Muhammad Zulfadli Selamat.

Penampilan tokoh yang berwawasan seperti Hamka difikirkan perlu untuk dikongsi bersama di kalangan ahli akademik, para pendakwah, pihak NGO, individu, organisasi atau sesiapa sahaja yang berusaha untuk memartabatkan ilmu pengetahuan dalam apa jua bidang sekalipun.

Perbincangan mengenai pemikiran, usaha, peranan dan sumbangan beliau diharapkan dapat diteledani oleh umat Islam dewasa ini agar segala hasil kerja beliau dapat dijadikan sebagai inspirasi yang menyinar dalam usaha memperkembangkan budaya keilmuan di kalangan umat Islam.

Tokoh ini bukan sahaja dilihat sebagai cendekiawan Islam yang berilmu, berani serta gigih tetapi juga dilihat sebagai the integrator man (tokoh pemersatu) bagi negara Malaysia dan Indonesia, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa, meliputi bidang budaya mahupun agama.

Sempena meraikan seabad kelahiran Buya Hamka, difikirkan wajar relevan untuk membahas dan membentangkan pemikiran beliau, sama ada demi membina citra wawasan umat Melayu di Asia Tenggara tersendiri yang penuh cabaran dengan pelbagai isu, khususnya di Indonesia dan Malaysia".

Source: http://www.kpkk.gov.my/
Juga baca : http://seminarhamka-ikmm.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan