Ahad, 10 Januari 2010

Jelebu - Part 1

By Idris Talu
Awal pagi Khamis 07 Januari 2010


Penulis bersama isteri dan dua orang anak bertolak dengan kenderaan sendiri ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Kami singgah sebentar di R & R Tapah untuk shalat Subuh. Untuk sarapan, rasanya masih terlalu awal.

Singgah di R & R Ulu Bernam untuk sarapan pagi. Selepas sarapan penulis berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Tiba di Kuala Lumpur, kami ke kolej di mana seorang dari anak kami belajar. Selesai pendaftaran awal semester, agak lewat petang, kami meneruskan perjalanan ke rumah adik penulis di Kuala Kelawang.

Singgah di sebuah masjid di Batu 14, Jalan Cheras untuk shalat. Selesai shalat, kami teruskan perjalanan ke Negeri Sembilan.



Balai Polis Batu 8, Jalan Cheras.

Antara papan tanda jalan yang kami lalui.

Ini masih dalam negeri Selangor.



Menghampiri sempadan Selangor dan Negeri Sembilan.

Selamat datang ke Negeri Sembilan.

Tasik apa ye?



Anak penulis, Ihsan di tepi tasik.





Kami tiba di Kuala Kelawang sudah malam, dan bersama adik dan keluarganya makan di tepi Muzium Adat ini.

Kuala Kelawang di waktu malam.

Masjid Dulang di waktu malam.

Penerangan tentang Masjid Dulang.

©idristalu@2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan