Jumaat, 1 Januari 2010

Majlis Perkahwinan Anak En Bakri Saad

By Idris Talu

Pada hari Sabtu, 26 Disember 2009 yang lepas, penulis bersama isteri dan dua orang anak – Ihsan dan Ikram bertolak ke Taiping untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat penulis, En Bakri Saad di Dewan Perbandaran Taiping.

Sebaik kami tiba di dewan tersebut, hujan turun dengan lebatnya – rahmat Tuhan untuk pasangan yang berkahwin itu. En Bakri dan isteri sedundun warna hijau, macam pengantin pulak.

Selepas bersilaturrahim, penulis, isteri dan anak pun menikmati jamuan makan. Majlis yang kedua tengahari ini. Jamah ala kadar kerana perut sudah cukup gendut.



Dewan Perbandaran Taiping.

En Bakri - segak bergaya.

Hijau sedundun.

Seronok bertemu rakan lama.

Menyambut tetamu.

Antara jemputan yang hadir.

Selepas makan, penulis bertemu rakan-rakan sekerja dahulu.

Haji Jamil, En Zulqurnain dan.........

Bersembang (orang Perak kata belabon) - di luar dewan hujan lebat.

Biasalah, lama tak berjumpa, sembangnya panjang.

Penulis berbual dengan En. Zulqurnain.

En. Zul mula melapor diri kepada penulis di Cameron Highlands awal 1980 (kalau tidak silap ingatan penulis).

Pengantin yang diraikan.

Kena ikut arahan jurufoto.

Semoga berbahagia selama-lamanya. Amin Ya Rabbal Alamin.



Copyright©idristalu@2010

2 ulasan:

  1. assalammualaikum

    dah hujung cuti ni, kenduri kawin pun dah kurang kan..

    BalasPadam
  2. Betul tu,

    Memang dah diprogramkan begitu, kadang dewan dah penuh disewakan orang - macam2 constraints zaman le ni.

    Terima kasih sudi bertandang.

    BalasPadam