Isnin, 18 Januari 2010

Di Bawah Lindungan Ka'abah


Novel Karangan Almarhum Buya Hamka
By Idris Ismail Talu

Novel “Di bawah lindungan Ka’abah” ini mula diterbitkan secara bersiri dalam majalah Pedoman Masyarakat mulai tahun 1936, kemudian diterbitkan dalam bentuk buku novel oleh “Balai Pustaka, Jakarta” dalam tahun 1938.

Novel ini menceritakan kisah percintaan dua insan malang yang bernama Hamid dan Zainab. Sebagai orang muda yang mudah dilamun cinta, keduanya melalui rentetan peristiwa sedih yang cukup menyayat hati. Dan seperti kebanyakan novel ciptaan Almarhum Buya Hamka, tidak ada istilah “happy ending ” dalam novel beliau.


Kulit depan novel yang diterbitkan oleh Pustaka Antara dalam tahun 1967.



Untuk mengetahui cerita sebenarnya novel yang telah dicetak berbelas-belas kali ini, kenalah dicarikan bukunya di kedai buku.

©idrisismailtalu@2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan