Ahad, 3 Januari 2010

Desa Corner - Kantin OUM Ipoh

By Idris Talu


Desa Corner di Jalan Lim Bo Seng Ipoh


Walau pun pada mulanya perniagaan agak lembab, berkat kesabaran Tuan Haji Mohamad bin Desa dan keluarga - yang mengusahakan Desa Corner, iaitu kantin untuk kemudahan pelajar dan kakitangan Open University Malaysia, Ipoh, kini menarik nafas lega kerana Desa Corner mula mendapat perhatian warga Ipoh umumnya.

Haji Mohamad Desa, seorang pesara Telekom Malaysia sering di kantin tersebut membantu di mana perlu agar perniagaan keluarganya itu berjalan lancar. Ramai yang datang menjamu selera di Desa Corner dan memanjangkan berita baik tentang keenakan makanan dan layanannya kepada rakan-rakan yang lain.

Desa Corner menyediakan pelbagai makanan, untuk sarapan pagi dan tengahari. Minuman terdiri dari pelbagai jenis mengikut kehendak pelanggannya. Pelbagai jenis makanan lain berasaskan bihun, mee dan kotiau - samada goreng atau sup, juga boleh didapati di sini.

Selamat berjaya kepada tuan Haji Mohamad Desa.


©idristalu@2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan