Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,
Selamat menyambut awal Hijrah 1431.
Marilah kita berusaha bersungguh-sungguh baik secara bersama-sama mahu pun berseorangan untuk menegakkan perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
Jika kita renungi semula kehebatan perjuangan junjungan kita, Rasulullah صلى الله عليه وسلم , para sahabat Baginda, dan ahli keluarga Baginda dalam menegakkan agama Allah di muka bumi ini, insaflah kita betapa kerdilnya usaha kita berbanding dengan usaha mereka di zaman permulaan perjuangan menegakkan cahaya Islam.
Semasa berpeluang melawat bekas tempat peperangan di Uhud dalam tahun 2008 dahulu, penulis cukup terharu dengan pengorbanan para sahabat Baginda yang gugur dalam peperangan Uhud, dalam menegakkan syiar Islam dan melindungi nyawa Baginda dari serangan puak Muysrikin. Mereka mempertaruhkan jiwa raga mereka untuk Islam dan Uhud terus wujud menjadi saksi peristiwa tersebut.
Tanpa perjuangan para pejuang ini, mungkin kita yang berada jauh di hujung Selatan benua Asia ini tidak akan menikmati cahaya keagungan Islam.
Sama-samalah kita mensyukuri nikmat Islam ini.
©Idristalu@2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan