Isnin, 14 Disember 2009

Perjalanan Suci Bahagian Ke-XXV

Mekah & Madinah 1428H/2007M
By Idris Talu
Masih Di Mina, Ibadah Lontaran Terakhir Dan Berangkat Ke Mekah Semula

Hari terakhir di Mina, kami melakukan ibadah melontar dengan lebih mudah kerana ramai telah melakukannya lebih awal. Jadi tempat melontar agak lapang.



Suasana di tempat melontar agak lengang pagi itu.

Beginilah rupanya lobang untuk menampung batu lontaran para jemaah haji.

Tempat melontar sudah tidak padat dengan jemaah lagi.

Agak selesa melontar pada pagi ini.

Penulis sempat bergambar di sisi tempat lontaran.

Hari masih awal pagi, kami beransur-ansur meninggalkan Jamrah.


Matahari baru muncul di ufuk Timur Mina.

Cahaya mentari pagi yang agak terik di Mina.

Kami berjalan ke arah matahari naik.

Suasana masih sejuk - awal pagi di Mina.

Suasana cukup nyaman, aman dan tenteram.

Sebelum sampai ke khemah, sudah ada jemaah yang mula berangkat balik ke Mekah. Macamana bas hendak bergerak di tengah lautan manusia begini?

Penulis berehat sebentar sebelum balik ke Mekah bersama Pak Teh, Dr Azmi (berbaring) dan Pak Long (dari Merbok).

Rakan-rakan jemaah yang satu khemah dengan penulis, ada yang dari Johor dan ada juga dari Kelantan. Mereka menempuh pelbagai kenangan di sini.

Beg sudah penuh, terpaksa bungkus barangan menggunakan kain pelikat sahaja.


Tinggallah "Radio Base Station" yang telah memberikan kemudahan telekomunikasi kepada para jemaah haji selama ini.






©IdrisTalu@2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan