Selasa, 15 Disember 2009

Pelajaran Pengucapan Awam Peringkat Permulaan

By Idris Talu

Antara Guru Pertama Kepada Penulis Tentang Pengucapan Awam - Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Haji Ahmad


Sebagai manusia biasa yang tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang pengucapan awam, penulis ikut-ikutan bila ada peluang mempelajari kemahiran berucap di mana-mana jua. Mengikut kawan-kawan yang lebih arif berucap, penulis tidak malu turut sama belajar bersama mereka.

Antara tokoh pengucapan awam yang pernah penulis ikuti kuliah tidak formal mereka ialah Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Haji Ahmad dari Jabatan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Gambar-gambar yang penulis paparkan ialah semasa beliau mengajarkan penulis dan rakan-rakan semasa penulis berkhidmat di Gerik, sekitar tahun 1980an dahulu.


Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Haji Ahmad (paling kanan)

Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Haji Ahmad memberi kuliah di Gerik.

Buku karangan Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Haji Ahmad.

©IdrisTalu@2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan