Khamis, 3 September 2009

Pasar Ramadhan - Stadium Perak, Ipoh

By Idris Talu

Beberapa hari yang lepas, penulis dan isteri ke Pasar Ramadhan di tepi Stadium Perak Ipoh. Banyak betul juadah untuk yang berpuasa dan yang tidak berpuasa. Penulis katakan begitu kerana ramai juga pengunjung ke situ terdiri dari mereka yang bukan Islam.

Melihat ayam panggang bergolek ini, meleleh ayo lior kata orang Perak.



"Sayor (lidah Perak) ada, lauk-pauk pun ada," kata penjual di situ.

"Biorle," kata bakal pelanggan!

"Biola, gitar, takde!" kata penjual!

Gulai rebung masak lemak cili api.

Ustaz saya di kampong dulu kata, rebung ni makanan gajah. Yang di depan tu pulak, gulai daging. Daging tu pulak, makanan harimau. Makanan gajah manusia makan, makanan rimau pun manusia balun. Itu yang menyebabkan kadang-kadang terikut-ikut perangai sang gajah dan sang harimau tu!

Sapa kata orang Perak tak kreatif. Kat sini ada "Rendang Tok 1Malaysia". Nanti orang Temerloh pulak buat "Gulai Patin 1Malaysia". Orang Kuala Kangsar mana boleh kalah, "Gulai Temoleh 1Malaysia."

Petai segar dan cantik. Buat sambal tumis dengan udang segar, boleh tersandar lepas berbuka nanti.

Suasana di Pasar Ramadhan di tepi Stadium Perak, Ipoh.

Ramai jugak pengunjungnya.

Dari Stadium Perak untuk balik ke rumah penulis di Taman Meru, penulis gunakan jalan sisi Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Jelapang. Jalan lapan lorong itu cukup selesa.



Jalan raya menuju rumah penulis di Taman Meru.

Sejak lorong tambahan di lebuhraya ini mula digunakan, tidak ada lagi kesesakan bila nak pulang ke rumah. Semoga di musim perayaan nanti, kesesakan lalulintas di sini berkurangan.

©IdrisTalu@2009

1 ulasan:

  1. Salam,

    Salam warga Perak sekalian,

    Ini just info bg kawan2 kat Perak yg perlukan servis refill toner. Untuk keterangan lanjut sila lawati:


    http://toner-refill-service.blogspot.com/

    BalasPadam