Selasa, 4 Ogos 2009

Kubung - Cynocephalus variegatus

By Idris Talu
31 July 2009

Dalam perjalanan ke Gerik,penulis singgah sebentar di kebunnya di Lenggong. Ternampak seekor kubung melekap pada se batang pokok durian. Jika tidak diperhatikan betul-betul, ianya kelihatan sama dengan kulit pokok durian yang dihinggapinya.




Nama saintifik untuk kubung ialah Cynocephalus variegatus.

Ianya adalah sejenis mamalia.


Kubung juga dikenali sebagai Malayan Flying Lemur, walau pun ianya bukan dari keluarga lemur.

Kubung tidak terbang seperti kelawar atau keluang atau burung.

Kubung hanya melayangkan badannya dari pokok ke pokok dengan mengepakkan kaki-kakinya yang tercantum antara satu dengan yang lainnya dengan kulit tipis – membentuk seperti sayapnya.


Makanan kubung ialah pucuk-pucuk kayu yang muda serta buah-buahan.

Kubung hamil cuma enam puluh hari, dan melahirkan anak sebagaimana mamalia yang lainnya.


Ada beberapa tempat di Malaysia yang namanya ada kaitan dengan kubung, misalnya Labu Kubung, Bukit Kubung dan Tanjung Kubung.


©idristalu@2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan