Rabu, 26 Ogos 2009

Cycad Clivicola - Lenggong

By Idris Talu

Ramai di antara kita tahu, Lembah Lenggong merupakan suatu lembah yang terkenal dalam kajian bentuk kehidupan purba. Kajian oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia dari Universiti Sains Malaysia membuktikan bahawa di lembah inilah telah wujud tamaddun purba sekitar 30,000 tahun dahulu.

Di Lembah Lenggong ini jugalah rangka manusia yang tertua dalam sejarah Malaysia ditemui. Banyak bukti-bukti lain tentang kehidupan pra sejarah yang telah ditemui oleh para penyelidik dari USM tersebut.

Oleh kerana itu, sebuah muzium khas hasil penemuan arkeologi telah dibina di Lenggong yang dinamakan Muzium Arkeologi Lenggong – untuk mempamerkan hasil penemuan purba tersebut.



Di sebalik penemuan fossil-fossil kehidupan lama yang telah mati itu, rasanya kita telah tertinggal fossil yang tetap penting dan yang masih hidup – the living fossil.

Fossil hidup yang dimaksudkan ialah pokok-pokok cycad yang telah wujud di dunia ini sejak jutaan tahun dahulu lagi yang kini hanya tinggal beberapa ratus pokok sahaja di Lenggong.

Alangkah indahnya jika pokok-pokok lain dibersihkan dan hanya simpan cycads clivicola sahaja di kawasan ini. Kalau perlu kita tambahkan jumlah pokok cycads di sini dengan memindahkan pokok dari kawasan lain yang tersorok dari pandangan ramai.

Aapabila kawasan ini dirawat sebaik-baiknya dengan penambahan pokok cycads lainnya, jutaan peminat cycads dari seluruh dunia akan ke Lenggong untuk menikmati kecantikan cyacds clivicola Lenggong.


Walau pun telah banyak dikerat dan dipotong sesuka hati “pencuri” khazanah negara ini, masih terdapat sisa-sisa pokok cycads ini di kawasan berbatu-batu yang curam di sekitar Lembah Lenggong. Mungkin kerana kecuraman bukit berbatu itu, cycads ini panjang usianya di situ.

Untuk pengetahuan pembaca blog ini, pokok cycads purba ini, walau pun telah dipotong, ia akan mengeluarkan akar semula ditempat ianya dipotong, seperti batang ubi kayu yang kita tanam di belakang rumah kita itu.


Penulis kurang pasti, pokok purba yang menjadi khazanah negara ini di bawah bidang kuasa kementerian mana. Yang pasti pokok yang telah hidup jutaan tahun yang lalu, yang membesar cuma 20 cm dalam masa sepuluh tahun, yang tidak ternilai harganya, telah menjadi tanaman hias untuk menghiasi rumah-rumah mewah di bandar-bandar besar.

Cycad clivicola Lenggong


Oleh itu, penulis paparkan gambar-gambar yang sempat penulis ambil baru-baru ini, di tebing-tebing batu yang curam di kawasan berbukit di Lembah Lenggong untuk tatapan pembaca blog ini, manalah tahu, tidak lama lagi semuanya habis diangkut dikebas orang.

Jika disemai biji buah cycad yang telah matang, ianya akan mengambil masa selama satu tahun untuk cambah!

Pokok cycad membesar cuma 20 cm untuk tempoh sepuluh tahun. Oleh itu, bayangkanlah berapa usia pokok cycad dalam gambar di bawah ini.

Kasihan cycad dalam gambar di bawah, berebut kawasan untuk hidup dengan pokok-pokok lain di tebing curam sebuah bukit batu kapor di Lenggong.

Cycad clivicola Lenggong.



Cycad clivicola Lenggong.

Cycas clivicola Lenggong merupakan khazanah kekayaan negeri Perak Darul Ridzuan yang diabaikan. Fossil hidup (the living fossil) yang berusia jutaan tahun ini terbiar di dalam semak-samun di Lenggong.



Entah berapa lama agaknya, pokok-pokok cycads ini boleh bertahan di situ penulis tidak pasti. Permintaan pokok cycads yang tinggi di pasaran boleh menghapuskan cycads ini dari Lembah Lenggong buat selama-lamanya.




Gambarajah ringkas ketinggian kedudukan pokok-pokok cycads di bukit batu kapur yang penulis ambil gambarnya.

©IdrisTalu@2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan