Ahad, 30 Ogos 2009

Merdeka!

By Idris Talu

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan negara tercinta, Malaysia kali yang ke-52! Kita panjatkan doa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana memberikan peluang kepada kita hidup rukun dan damai selama ini.

Kita juga perlu berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin kita yang telah dengan bijaksana berusaha melepaskan negara kita dari belenggu penjajahan dan membawa negara kita ke keadaan yang ada sekarang. Coba kita lihat nasib saudara-saudara kita di Palestin yang sudah sekian lama berjuang untuk kemerdekaannya.

Kita juga perlu berterima kasih kepada anggota keselamatan - pasukan tentera dan polis, yang telah berkorban nyawa untuk mempertahankan keamanan negara kita.

Marilah kita bersama-sama mempertahankan kemerdekaan negara kita dan berusaha bersama-sama (concerted efforts) untuk memajukannya.

Merdeka!

Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-52 - YAB Perdana Menteri Malaysia

Di bawah ialah teks perutusan Hari Kebangsaan yang YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia sampaikan sempena 52 tahun Malaysia merdeka.

30hb Ogos 2009 (Ahad), jam 9 malam



Bismillahirahmannirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam 1Malaysia.

Tuan-tuan dan Puan-Puan,

1. Alhamdulillah, pertama sekali marilah kita semua mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T justeru di atas rahmat dan limpah izinNya jua, esok sekali lagi kita akan menyambut hari kebangsaan kali ke-52 dengan tema 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

2. Lima puluh dua tahun yang lalu, sekumpulan patriot negara yang diterajui oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-haj telah berjaya mencapai kemerdekaan negara setelah hampir lima kurun berada di bawah belenggu penjajahan.

3. Pasca kemerdekaan kemudiannya menyaksikan tugas dan tanggungjawab untuk menentukan arah tuju tanah air yang satu ketika dahulu berada di dalam genggaman penjajah telah beralih ke tangan anak watan.

4. Dengan pengalaman berkerajaan sendiri begitu singkat, berlatar belakangkan pula pemberontakan komunis yang masih belum reda, wujudnya ketidakseimbangan sosioekonomi yang meluas di tambah lagi dengan sifat majmuk negara baru, maka banyak pihak kala itu yang meramalkan bahawa Malaya ibarat retak menanti belah dan tidak mungkin berjaya.

5. Namun begitu, kita telah membuktikan bahawa sangkaan tersebut meleset sama sekali. Di dalam tempoh lima dekad merdeka kita telah berjaya muncul sebagai negara membangun yang termaju. Kita telah menjadi negara pertama di dunia yang berjaya mengalahkan pemberontakan komunis di samping kita juga berjaya mewujudkan keadilan sosial dengan rasa kehakmilikan saksama hanya dalam tempoh masa amat singkat yakni dua generasi sahaja.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

6. Apakah formula rahsia yang telah mendasari kejayaan ini? Sesungguhnya, tidak lain dan tidak bukan, ia adalah faktor perpaduan di antara rakyat berbilang kaum dan kepercayaan yang berteraskan kepada falsafah meraikan kemajmukan yang wujud sebagai sumber kekuatan bukannya perkara titik bengik yang menyebabkan perpecahan.

7. Sayangnya , masa yang berguling telah menyaksikan jambatan dibina oleh bapa-bapa kita dahulu dengan segala susah payah telah mula digoyahkan oleh golongan tertentu yang cuba menangguk di air keruh. Mereka telah mengeksploitasikan garis-garis gelinciran yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum sama ada ianya bersifat politik, agama mahupun sosial demi untuk memuaskan agenda sempit mereka.

8. Di persimpangan ini, cabaran terbesar rakyat Malaysia ialah untuk membaik pulih jambatan yang sedia ada di samping meruntuhkan tembok-tembok pemisah antara sesama kita. Pokoknya, kita perlu terus mengurus kejayaan, membina di atas apa yang ada dengan membajai dan menyuburkan kerukunan terpupuk selama ini. Beringatlah, apa yang ada tidak semestinya akan bertambah baik malah akan musnah jika kita tidak berwaspada. Buktinya, lipatan sejarah dunia sarat dengan catatan bahawa kejayaan yang tidak diurus dengan baik akan berakhir dengan kegagalan.

9. Benarlah kata orang, yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Sehubungan itu, saya ingin berpesan kepada semua terutamanya generasi muda bahawa nikmat yang kita sedang kecapi hari ini tidak terhasil begitu sahaja tanpa perancangan yang rapi, pelaksanaan yang cekap dan pengorbanan yang tinggi.

10. Kejayaan ini hasil perjuangan, keringat, air mata dan darah para wira serta para wirawati negara sama ada yang di dendang atau pun tidak. Ia dibangunkan oleh pendahulu-pendahulu kita yang lampau. Ia dipertahankan oleh anggota pasukan keselamatan yang sanggup berkorban apa sahaja hatta nyawa. Ia disuburkan oleh para murabbi dan pendidik yang gigih berjuang di kelas-kelas dan bilik kuliah. Ia dimakmurkan oleh wira swasta, wira korporat, para penjaja, waima peniaga kecil yang gigih dengan semangat keusahawanan mereka mencipta kemakmuran. Tuntasnya, ia dilincirkan pula oleh para penjawat awam yang gigih berkhidmat.

11. Nyatanya, kejayaan dan kemakmuran Malaysia sepanjang ini tumbuh dan berkembang hasil sumbangan serta dokongan semua kaum, semua penganut kepercayaan, semua lapisan masyarakat, di desa mahupun di kota, yang berada ataupun tidak, tua atau muda. Kendati itulah, saya ingin tegaskan bahawa setiap seorang daripada kita mempunyai peluang yang terbentang di bawah langit Malaysia. Yang membataskan pencapaian masing-masing hanyalah kemahuan untuk berjaya, kesanggupan untuk bekerja keras dan keberanian untuk mengambil risiko.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

12. Di atas segala, sepanjang lebih lima dekad Malaysia telah melalui pelbagai detik dan panca peristiwa. Segalanya, dilalui penuh dengan suka duka, pahit manis dan jatuh bangun bersama dalam kemajmukan.

13. Bertitik tolak dari kepahitan mengharungi ganasnya Bintang Tiga, keperluan monumental mengisi erti kemerdekaan bitara yang dicapai tanpa pertumpahan darah, kepincangan sosioekonomi, keretakan hubungan kaum tanggal 13 Mei 69, kemelesetan ekonomi 80an dan krisis kewangan Asia hujung 90-an. Semuanya telah kita tempuhi dan semuanya telah kita redahi dengan jaya. Ternyata walau apa pun, harus diinsafi bahawa kita tidak mampu bernostalgia dengan kejayaan lalu tanpa berusaha mencipta kejayaan-kejayaan baru.

14. Lantaran itu, untuk menentukan hari esok lebih baik dari hari ini kerajaan telah pun memperkenalkan dasar-dasar yang lebih ampuh dan mampu menjulang kita menjadi sebuah negara yang maju. Sebermula pentadbiran saya telah diutarakan konsep 1Malaysia yang berpaksi kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai teras hala tuju matlamat kerajaan. Kita tidak berhenti setakat penyataan hasrat sebaliknya kita telah mengadakan prakarsa yang konkrit. Bermula dengan usaha merevolusi sistem penyampaian sektor awam, mengangkat agenda kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan perdana membawa kepada usaha merangsang ekonomi negara agar kemakmuran akan terus merahmati rakyat dan negara.

15. Akhir kalam, ayuhlah kita suburkan semangat patriotisme yang membara dengan mendedikasikan usaha tanpa berbelah bahagi atas nama 1Malaysia. Marilah kita realisasikan masa depan yang lebih sejahtera dan makmur untuk semua rakyat Malaysia . Marilah kita pastikan panji keramat Jalur Gemilang berkibar megah di persada antarabangsa. Sama samalah berdoa agar perjalanan mulia ini terus diberkati dan diberi petunjukNya jua.

Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahamtullahi Wabarakatuh


ehsan 1Malaysia.com.my

Sabtu, 29 Ogos 2009

Harapan Perdana Menteri Kepada Warga UiTM

Sempena transformasi sedekad 1999 - 2009 UiTM, inilah harapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada seluruh warga UiTM:-




ehsan KOSMO 29 Ogos 2009

Jumaat, 28 Ogos 2009

Harapan Naib Canselor Kepada Warga UiTM

Sempena sedekad gelombang transformasi UiTM, inilah harapan Naib Canselornya kepada seluruh warga UiTM.


Sedekad Transformasi 1999 - 2009


ehsan KOSMO 29 Ogos 2009

Muzium Arkeologi Lenggong


By Idris Talu


Kali ini penulis ingin membawa pengunjung blog ini ke Lenggong pula. Kalau sebelum ini kita ke Muzium Adat di Kuala Kelawang, Negeri Sembilan, kini giliran kita melihat bandar pra sejarah pula, iaitu Lenggong.

Lenggong, bandar kecil yang berada di suatu lembah sempit yang diapit banjaran Titiwangsa di sebelah Timurnya, dan banjaran Bintang di sebelah Baratnya. Sungai Perak mengalir tidak jauh dari bandar ini.

Papantanda menyambut pengunjung ke bandar Lenggong.


Dinamakan sebagai bandar pra sejarah kerana penemuan penyelidik kepada fossil-fossil dalam tanah, bukti wujud ketamadunan manusia kira-kira 30,000 (tiga puluh ribu) tahun dahulu, di lembah Lenggong ini.

Tanda arah ke Muzium Arkeologi Lenggong, di jalan raya dari Lenggong ke Kuala Kangsar.

Kini di tapak penemuan itu, didirikan Muzium Arkeologi Lenggong.


Bagaimana hendak ke sana? Sila lihat peta lokasi Muzium Arkeologi Lenggong di bawah:-



Kompleks muzium, berhampiran Kampong Baru Kota Tampan




Banyak barang bukti kehidupan purba yang ditemui di lembah Lenggong ini, dipamerkan di dalam muzium. Cukup mengasyikkan bila kita berada di dalam kompleks muzium ini.

Gambar yang terdapat dalam muzium - ehsan Muzium Arkeologi Lenggong.

Di muzium ini juga ada disediakan maklumat tentang Perak Man yang telah dimasukkan ke dalam VCD dan dijual kepada pengunjung dengan harga yang berpatutan.









Gambar yang terdapat dalam muzium – ehsan Muzium Arkeologi Lenggong.

Gambar yang terdapat dalam muzium – ehsan Muzium Arkeologi Lenggong.

Gambar yang terdapat dalam muzium – ehsan Muzium Arkeologi Lenggong.

Gambar yang terdapat dalam muzium – ehsan Muzium Arkeologi Lenggong.

Gambar yang terdapat dalam muzium – ehsan Muzium Arkeologi Lenggong.

Gambar yang terdapat dalam muzium – ehsan Muzium Arkeologi Lenggong.

Gambar yang terdapat dalam muzium – ehsan Muzium Arkeologi Lenggong.

Gambar yang terdapat dalam muzium – ehsan Muzium Arkeologi Lenggong.

Berita-berita akhbar tentang penemuan di Lembah Lenggong.

Selamat berkunjung ke Muzium Arkeologi Lenggong!

©IdrisTalu@2009

Khamis, 27 Ogos 2009

Md Hanapiah Md Tahir - Kawan Lama

By Idris Talu

Dalam menyelongkar khazanah gambar lama, penulis terjumpa kad hari raya dari kawan lama di Johor, Sdr Hanafiah Tahir. Rasanya beliau hampir bersara atau telah bersara.

Kad raya Sdr Hanafiah yang kreatif:-

Mushrooms - In My Lenggong Orchard

15 August 2009

By Idris Talu

Writer found these tinny mushrooms in his Lenggong orchard. Looks so beautiful but lacking of knowledge about mushrooms, we just forget it.


Actually, how to differentiate a mushroom whether it is edible or not?











©IdrisTalu@2009

Rabu, 26 Ogos 2009

Cycad Clivicola - Lenggong

By Idris Talu

Ramai di antara kita tahu, Lembah Lenggong merupakan suatu lembah yang terkenal dalam kajian bentuk kehidupan purba. Kajian oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia dari Universiti Sains Malaysia membuktikan bahawa di lembah inilah telah wujud tamaddun purba sekitar 30,000 tahun dahulu.

Di Lembah Lenggong ini jugalah rangka manusia yang tertua dalam sejarah Malaysia ditemui. Banyak bukti-bukti lain tentang kehidupan pra sejarah yang telah ditemui oleh para penyelidik dari USM tersebut.

Oleh kerana itu, sebuah muzium khas hasil penemuan arkeologi telah dibina di Lenggong yang dinamakan Muzium Arkeologi Lenggong – untuk mempamerkan hasil penemuan purba tersebut.



Di sebalik penemuan fossil-fossil kehidupan lama yang telah mati itu, rasanya kita telah tertinggal fossil yang tetap penting dan yang masih hidup – the living fossil.

Fossil hidup yang dimaksudkan ialah pokok-pokok cycad yang telah wujud di dunia ini sejak jutaan tahun dahulu lagi yang kini hanya tinggal beberapa ratus pokok sahaja di Lenggong.

Alangkah indahnya jika pokok-pokok lain dibersihkan dan hanya simpan cycads clivicola sahaja di kawasan ini. Kalau perlu kita tambahkan jumlah pokok cycads di sini dengan memindahkan pokok dari kawasan lain yang tersorok dari pandangan ramai.

Aapabila kawasan ini dirawat sebaik-baiknya dengan penambahan pokok cycads lainnya, jutaan peminat cycads dari seluruh dunia akan ke Lenggong untuk menikmati kecantikan cyacds clivicola Lenggong.


Walau pun telah banyak dikerat dan dipotong sesuka hati “pencuri” khazanah negara ini, masih terdapat sisa-sisa pokok cycads ini di kawasan berbatu-batu yang curam di sekitar Lembah Lenggong. Mungkin kerana kecuraman bukit berbatu itu, cycads ini panjang usianya di situ.

Untuk pengetahuan pembaca blog ini, pokok cycads purba ini, walau pun telah dipotong, ia akan mengeluarkan akar semula ditempat ianya dipotong, seperti batang ubi kayu yang kita tanam di belakang rumah kita itu.


Penulis kurang pasti, pokok purba yang menjadi khazanah negara ini di bawah bidang kuasa kementerian mana. Yang pasti pokok yang telah hidup jutaan tahun yang lalu, yang membesar cuma 20 cm dalam masa sepuluh tahun, yang tidak ternilai harganya, telah menjadi tanaman hias untuk menghiasi rumah-rumah mewah di bandar-bandar besar.

Cycad clivicola Lenggong


Oleh itu, penulis paparkan gambar-gambar yang sempat penulis ambil baru-baru ini, di tebing-tebing batu yang curam di kawasan berbukit di Lembah Lenggong untuk tatapan pembaca blog ini, manalah tahu, tidak lama lagi semuanya habis diangkut dikebas orang.

Jika disemai biji buah cycad yang telah matang, ianya akan mengambil masa selama satu tahun untuk cambah!

Pokok cycad membesar cuma 20 cm untuk tempoh sepuluh tahun. Oleh itu, bayangkanlah berapa usia pokok cycad dalam gambar di bawah ini.

Kasihan cycad dalam gambar di bawah, berebut kawasan untuk hidup dengan pokok-pokok lain di tebing curam sebuah bukit batu kapor di Lenggong.

Cycad clivicola Lenggong.



Cycad clivicola Lenggong.

Cycas clivicola Lenggong merupakan khazanah kekayaan negeri Perak Darul Ridzuan yang diabaikan. Fossil hidup (the living fossil) yang berusia jutaan tahun ini terbiar di dalam semak-samun di Lenggong.



Entah berapa lama agaknya, pokok-pokok cycads ini boleh bertahan di situ penulis tidak pasti. Permintaan pokok cycads yang tinggi di pasaran boleh menghapuskan cycads ini dari Lembah Lenggong buat selama-lamanya.




Gambarajah ringkas ketinggian kedudukan pokok-pokok cycads di bukit batu kapur yang penulis ambil gambarnya.

©IdrisTalu@2009

Isnin, 24 Ogos 2009

Medan Gopeng - Pasar Ramadhan

By Idris Talu

Ahad 23 Ogos 2009

Penulis dan isteri jalan-jalan di Pasar Ramadhan Medan Gopeng, Ipoh. Nampaknya semua juadah yang dijual di situ cukup menyelerakan.

Kalau tidak sabbara (sabar) rasanya nak dibeli semuanya. Bila tengok ke perut penulis, walau pun agak gendut juga, rasanya tak terisikan.

Isteri penulis selalu menyindir, wanita berperut besar sembilan bulan saja, lepas tu normal balik, orang lelaki dah sembilan tahun boroi pun tak normal balik!

Kesian orang lelaki yang gendut perutnya.

Kalau nampak gulai asam keladi, penulis tak upaya nak menolak, favorit.



Macam-macam ada! Macam bunyi iklan pulak. Gulai rebung cili api - pecah air liur macam tengok buah kelubi.

Tapai ubi kayu - cuuuur lagi air liur.

Waaaah.... Nasik ulam, pedas ada, pahit ada, macam-macam rasa!

Nampak macam pulut tanak - gu dengan rendang tok. Pulut tu ada warna warni pulak, macam lagu "Warna-Warna Malaysia".

Kerabu mempelam campur betik mengkal campur sikit karot.

Kerabu jantung pisang - oarng putih kata apa? Banana blossom salad?

Satu lagi jenis kerabu - menurut penjualnya, campuran pucuk betik, pucuk ubi kayu, sedikit jantung pisang. Lazat.......

Di sini ada macam-macam kerabu...................

Ketupat pulut daun palas.

Dipaketkan dengan lauknya sekali.

Banyak juga ketupat daun palas ni..................

Lagi ketupat pulut daun palas......

Rendang tok.......

Rendang jugak........................



Beginilah keadaan Pasar Ramadhan Medan Gopeng..............................

Sesak dengan pembeli..........................

Lebih jelas pengunjungnya.......................



©IdrisTalu@2009