Tahun 1968, tahun di mana suasana negara kita mulai panas membara. Masa itu memang payah hendak mendapat pekerjaan. Saya dan rakan-rakan baru masuk ke Tingkatan Lima A, Sekolah Menengah Dato' Ahmad Said, Lenggong dapat merasakan suasana tersebut. Tahun berikutnya, 1969 - berlakulah apa yang kita tak mahu berlaku itu.
Walau pun begitu, nampaknya ramai di antara kita yang tidak mengambil pengajaran dari peristiwa tersebut. Noktah!
Di kala itu, Gerik dan Pengkalan Hulu belum ada sekolah menengah. So, ramailah rakan-rakan saya dari tempat-tempat tersebut.
Tingkatan 5A, Sekolah Menengah Dato' Ahmad Said 1968.
©IdrisTalu@2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan