Ahad, 14 Jun 2009

Bali - Visit 2006 - Part3

By Idris Talu
Pada hari ketiga, kami bersiap untuk kembali ke Malaysia selepas berada di Bali hampir tiga hari yang lalu.

Salbiah di depan resort yang kami diami.


Dalam perjalanan dari resort ke lapangan terbang Ngurah Rai, kami singgah di sebuah restoran Minang yang bernama Restoran Sederhana.

Restoran Sederhana - restoran Minangkabau di Bali.

Cukup sederhana bangunannya.

Ciri-ciri keMinangkabauannya tetap teserlah

Sdr Hamzan dan isteri dengan teh manisnya.

Penulis, isteri dan seorang rakan sedang menunggu lauk-pauknya.

Awal pagi, biasanya saya tidak ambil "heavy food" macam ini. So, saya makan juga tetapi sedikit sahaja. Teh O nya (di sini disebut teh manis), rasanya oklah.

Semua gambar-gambar lukisan berframe ini saya rakamkan di Restoran Sederhana. Cukup menarik.

Lukisan Bali di Restoran Sederhana.

Lukisan Bali yang indah.

Lukisan alam.

Setibanya kami di lapangan terbang Ngurah Rai,

kami disambut dengan lukisan besar yang menarik.

Lukisan suasana di pantai Bali.

Sawah padi Bali dan pantai yang unik.

Bali dan puranya.

Saya tumpang sekaki, bergambar di depan lukisan besar ini. Tuan Haji Shafie yang tolong ambil gambar saya. Terima kasih daun keladi, Tuan Haji.

Sambil kapal terbang meluncur ke udara, saya tidak melepaskan peluang mengambil gambar sebahagian dari pulau Bali dari udara. Macam red indian dapat senapang!

Ombak yang setinggi lima hingga enam kaki, kelihatan putih sahaja dari kapal terbang.

Bali dilihat dari jendela AirAsia
.

Landasan terbang Ngurah Rai melunjur hingga ke laut

Kawah gunung berapi yang masih berasap.

Keindahan kawah gunung berapi dilihat dari udara.

Gunung berapi semakin kecil kelihatan di bawah.

Letusan dari kawah gunung berapi yang sempat saya rakamkan melalui jendela kapal terbang AirAsia.

Rasa agak bertuah, dapat merakamkan gambar kawah gunung berapi yang meletuskan laharnya. Saya kurang pasti gunung berapi ini di pulau Bali atau pulau Jawa.

Kawah Gunung Berapi yang sedang meletus kecil, dilihat dari jendela AirAsia semasa terbang pulang ke Kuala Lumpur dari Bali.

©IdrisTalu@2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan