Sumber info: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Foto: Idris Talu.
Pokok Couroupita guianensis atau peluru meriam (cannon-ball) ini istimewa kerana ranting-ranting yang keluar daripada batangnya dan mengeluarkan bunga yang besar dan berwarna-warni. Pokok-pokok begini dikatakan bersifat kauliflori.
Bunga-bunga ini tahan berminggu-minggu lamanya dan mengeluarkan haruman yang menarik serangga untuk mendebungakannya. Pokok cannon-ball boleh tumbuh sehingga 20 m tinggi. Pada musim kering, kesemua daunnya akan meluruh.
Buahnya besar, berwarna coklat bulat seperti peluru meriam (sesuai dengan namanya) dan terdapat banyak biji benih kecil di dalamnya. Spesies ini berasal dari Amerika Selatan. la juga banyak ditanam di taman-taman botani di kawasan tropika.
Sumber : Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Foto: Idris Talu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan