02/12/2010 6:59pm
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Malaysia akan mempunyai lebih daripada 20 juta kenderaan berdaftar di jalan raya menjelang akhir tahun ini.
Ketika mendedahkan perkara ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, jumlah terkumpul kenderaan berdaftar mencapai lebih 19 juta pada 2009.
"Malaysia boleh dianggap sebagai salah sebuah negara bermotor yang tinggi di mana lebih daripada sejuta (1,017,361) unit kenderaan baru didaftarkan pada 2009 sahaja.
"Ini bermakna bahawa setiap 30 rakyat Malaysia, tua dan muda, memperoleh kenderaan bermotor baru setiap tahun, katanya semasa merasmikan Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010 di sini, hari ini.
KLIMS 2010 yang bermula esok sehingga 12 Disember, antara lain akan mempamerkan kenderaan berteknologi hijau, kenderaan konsep dan model pengeluaran yang menggariskan janji yang dibuat oleh penggiat industri untuk masa depan yang lebih hijau dan permotoran yang lebih mapan. – Bernama
Source: Utusan Malaysia Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan