Sumber: Utusan Malaysia Online
Masa & Tarikh: 13/08/2010 4:39pm
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Perlawanan akhir bola sepak temasya Sukan SEA ke-26 yang akan berlangsung di Indonesia pada tahun depan, akan diadakan di Palembang.
Setiausaha agung Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) Nugraha Bosoes berkata, perlawanan peringkat kumpulan akan diadakan di dua wilayah Indonesia yang menjadi tempat temasya tersebut iaitu di Jakarta dan Palembang.
"Peringkat separuh akhir juga akan diadakan di dua tempat tersebut tetapi perlawanan akhir akan diadakan di Palembang,” katanya yang dipetik dari laman web tempointeraktif. – Bernama
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan