Jumaat, 16 Julai 2010

Buah Serikaya

By Idris Talu

Gambar buah serikaya ini penulis ambil dari Taman Herba Perak di Batu Gajah. Buah serikaya atau di setengah tempat disebut sebagai buah nona (Annona squamosa), adalah tanaman yang tergolong ke dalam keluarga Annona yang sememangnya berasal dari kawasan tropika.

Bentuk buah serikaya agak bulat dengan kulitnya seperti ditempel-tempel banyak, seperti kulit binatang landak. Isi buahnya serikaya berwarna putih, berbiji banyak.



Buah serikaya (anona)

Di Semenanjung Tanah Melayu, kita boleh menemuinya dalam bentuk dua warna, purple dan hijau.

Serikaya sesuai dengan namanya, kaya dengan tenaga serta zat besi yang amat diperlukan tubuh manusia.


Masih putik, seakan-akan ungu warna kulitnya.



Semasa dahulu, di mana kutu masih meraja lela di atas kepala manusia, biji buah serikaya ditumbuk untuk dilumurkan ke kepala yang berkutu bagi membunuhnya.
http://idristalu.blogspot.com/

2 ulasan:

  1. Salam ziarah. Tak pernah makan buah tu

    BalasPadam
  2. W'salam Cikgu Aida

    Buah serikaya ini banyak dijual di pasar. Di R & R Tapah, R & R Changkat Jering pun ada dijual. Harganya tidaklah mahal sangat.

    Rasa buahnya biasa sahaja.

    Wassalam.

    BalasPadam