Selasa, 2 Februari 2010

Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis

By Idris Ismail Talu

Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford di Kuala Lipis banyak menyimpan peristiwa bersejarah di negeri Pahang Darul Makmur. Ramai tokoh-tokoh terkenal negara pernah belajar di sini. Antaranya ialah Allahyarham Dr Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako.

Mengambil nama dari salah seorang Residen British yang menjadi penasihat kepada kerajaan Pahang di zaman penjajahan dahulu. Di Kuala Kangsar Perak, terdapat sebuah sekolah mengambil nama Clifford ini.

Gambar ini penulis ambil dalam tahun 1986 dahulu.



©idrisismailtalu@2010

6 ulasan:

  1. Tuanhaji,

    Dibelakang sekolah itu mengalir Sungai Lipis dimana kualanya kehilir sedikit tumpah ke Sungai Jelai di bawah jambatan keretapi. Dan gambar ini di fokus dari arah Pahang Club. Tak gitu tuanhaji!...

    BalasPadam
  2. Tuan Haji,

    Ikut catatan di belakang gambar tu, saya ambik dari atas Bukit Residen. Pahang Club dok seberang padang sikit mengadap ke Sungai Lipis.

    Banyak kenangan manih di Pahang Club tu zaman Almarhum Sultan Abu Bakar dulu. Maklumlah masa tu bujang trangtangtang kata orang.

    Masa tu, di Sg Lipis dan Sg Jelai, masih banyak rumah rakit. La ni tak taulah.

    Terima kasih Tuan Haji.

    BalasPadam
  3. Saya dulu sekolah rendah dan menengah di sekolah Clifford. Sangat berbangga dengan nama Clifford tu.

    BalasPadam
  4. Cikgu Aida,

    Saya bertugas di Lepih dari Jun 1971 sehingga Julai 1979 - lama tu. Dari zaman balai polis dekat masjid lama, sampai balai polis di tempat sekarang.

    Antara pengalaman lucu di Lepih, masuk hutan jumpa buah cempedak, bawak balik peram tak masak masak, rupanya bangkong bukan cempedak, saya cerita kat ofis semua orang gelak.

    Clifford memang sebuah sekolah yang terkenal.

    BalasPadam
  5. [img}http://photos1.blogger.com/blogger/896/2219/320/Ting5.jpg[/img]
    Saya sekolah 1978-1979di Sekolah Menengah Clifford.

    BalasPadam
  6. En Razak,

    Saya bertugas di Lepih dari Jun 1971 hingga Julai 1979. Banyak kali merasa suasana banjir semasa di Lepih.

    BalasPadam