Ahad, 3 Januari 2010

Buah Cerapu (Kecupu)

By Idris Talu

Di Perak biasa disebut “ceghopu” sementara di Negeri Sembilan disebut disebut “kecupu”. Tidak kiralah bagaimana ianya disebut, inilah buahnya cerapu.
Dalam bahasa Inggeris ianya disebut sebagai "button mangosteen" atau nama Latinnya ialah "garcinia prainiana". Maklumat tambahan boleh di dapati di Wikipedia.

Buahnya bewarna hijau tua semasa mudanya, berubah menjadi hijau muda bila beransur tua, sehingga menjadi kekuningan seperti warna pinang masak apabila ianya masak.

Buahnya yang muda biasanya dimasak gulai lemak cili api bersama ikan kering atau ikan salai. Sementara buah yang telah masak, selain dimakan mentah, ianya juga boleh ditumbuk bersama sambal untuk mengurangkan pedas sambal tersebut.

Sambal ini sesuai untuk dimakan bersama rebusan seperti rebusan pucuk paku, kacang, atau ulam-ulaman mentah lain seperti jering, petai mahu pun kerdas.

Jika dimakan mentah, rasa buah cerapu agak masam-masam manis, dan buah ini mempunyai getah yang lekit, boleh melekatkan bibir atas dan bibir bawah kita.




Buah cerapu yang masih muda.

Cerapu yang muda.
Young garcinia prainiana

Foto ini diambil di pokoknya.
Young button mangosteen at the tree.

Buahnya tidak besar, lebihkurang sebesar ibu jari kaki.

Cerapu yang telah masak.

Bagi yang gemarkannya, menyelerakan.

Penulis di tepi pokok cerapu.

Blog writer by the garcinia prainiana tree.

Pokok cerapu, seakan-akan pokok manggis.



©idristalu@2010

6 ulasan:

  1. Di kampung saya dekat Kuala Lipis nun lebih popular disebut buah memchupu.

    BalasPadam
  2. Ujungnya sama En. Yassin, chupu jugak. Kawan lupa samada di Ulu Cheh atau Tulang Padang pun ada jugak. Tanjung Besar, Jerangsang dan Kampong Baru memang ada.

    Belah Raub sana ada kat Kg. Tras (yang asa kampong Melayu tapi kini Melayu cuma ada di Balai Polis saja), dan Teranum (simpang nak ke Bentung atau Bukit Frazer).

    Buah nadir macam ni makin lama makin pupus - orang malas nak tanam.

    Terima kasih, En. Yassin.

    BalasPadam
  3. ...traigo
    sangre
    de
    la
    tarde
    herida
    en
    la
    mano
    y
    una
    vela
    de
    mi
    corazón
    para
    invitarte
    y
    darte
    este
    alma
    que
    viene
    para
    compartir
    contigo
    tu
    bello
    blog
    con
    un
    ramillete
    de
    oro
    y
    claveles
    dentro...


    desde mis
    HORAS ROTAS
    Y AULA DE PAZ


    TE SIGO TU BLOG




    CON saludos de la luna al
    reflejarse en el mar de la
    poesía...


    AFECTUOSAMENTE
    IDRIS TALU

    DESEANDOOS UNAS FIESTAS ENTRAÑABLES OS DESEO FELIZ AÑO NUEVO 2010 Y ESPERO OS AGRADE EL POST POETIZADO DE LA CONQUISTA DE AMERICA CRISOL Y EL DE CREPUSCULO.

    José
    ramón...

    BalasPadam
  4. Dear Jose Ramon,

    Quiere decir que tiene el mismo tipo de fruta en su lugar?

    Idris Talu.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum...
    saye nak mintak tlg..kawan baik saye sedang mengidam nak makan buah nih..biasa la org pompuan mengandung....mana nak dapatkan buah ni ye??
    tq

    email saye : s0undl4cks@gmail.com

    BalasPadam
  6. Wa'alaikumussalam,

    Puan Dia,

    Kurang pasti lokasi Puan. Rasanya di kampung - kampung tradisi masih ada pokok cerapu ini. Baru - baru ini saya di Jelebu, saya menemui pokok ini di sana.

    Di kawasan Kampar pun di luar musim sekarang. Jika ada, insya Allah akan saya maklumkan.

    Wassalam.

    BalasPadam