Khamis, 17 Disember 2009

Tahniah Pasukan Malaysia - Juara Bolasepak Sukan SEA 2009!

By Idris Talu

Tahniah! Kita ucapkan kepada pasukan Malaysia kerana menjuarai perlawanan akhir bolasepak di mana Malaysia menewaskan Vietnam 1-0 di Vientiane Laos.

Pasukan bola sepak bawah 23 Malaysia telah berjaya mencipta sejarah Sukan SEA apabila memenangi pingat emas pertama setelah menanti sejak 20 tahun yang lalu.

Tendangan kencang pemain pertahanan, Sapiq yang terkena pemain Vietnam dan akhirnya melantun ke dalam goal Vietnam telah memberikan pingat emas kepada Malaysia dalam acara akhir bola sepak lelaki Sukan SEA XXV.

Kita menang pingat emas terakhir dalam acara ini, ialah dalam tahun 1989 di Kuala Lumpur.

©IdrisTalu@2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan