Courtesy: Berita Harian
KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan peruntukan RM30 bilion untuk pendidikan menengah dan rendah, pemberian biasiswa dan tingkat prasarana termasuk membina 80 sekolah baru, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pembinaan sekolah baru itu membabitkan sekolah kebangsaan rendah dan menengah, sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil serta sekolah mubaligh.
Daripada jumlah itu, peruntukan RM1.1 billion untuk mengubahsuai dan naik taraf sekolah di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.
Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20091023171017/Article/
Berita Harian: Jumaat, 23 Oktober 2009
Catatan Penulis: Keseluruhan peruntukan untuk bidang pendidikan Malaysia hampir mencecah angka 30% dari keseluruhan budget.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan