Malaysia salur bantuan AS$1j kepada mangsa gempa di Padang
11/10/2009 7:03pm
PADANG 11 Okt. — Kerajaan Malaysia bersetuju untuk menyalurkan bantuan sebanyak AS$1 juta (RM3.5 juta) bagi membantu mangsa gempa bumi yang berlaku pada 30 Sept. lepas di Padang, Indonesia.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bantuan kewangan itu bagi membantu membangunkan semula sekolah, rumah ibadat dan kemudahan yang lain.
Beliau berkata, keputusan itu telah mendapat persetujuan jemaah menteri dan akan disalurkan secepat mungkin melalui Kementerian Luar Malaysia kepada Kementerian Luar Indonesia.
"Tumpuan diberikan untuk membangunkan semula sekolah dan rumah ibadat kerana ia adalah kegunaan umum dan boleh dimanfaatkan oleh penduduk di Padang,” katanya kepada pemberita ketika melawat kawasan gempa bumi dan mendengar taklimat oleh gabenor Sumatera Barat Gamawan Fauzi di Istana Gabenor Sumatera Barat di sini hari ini. - Bernama
Original source: Bernama
Courtesy of Utusan Malaysia.
Source:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_42.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan