By Idris Talu
Dua kejadian gempa bumi dikesan berlaku di Sumatra Barat (Minangkabau). Kejadian gempa bumi ini dilaporkan oleh Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika Indonesia. Lihat di:- http://www.bmkg.go.id/60gempa.bmkg.
Gempa yang pertama berlaku kira-kira 57 km di Barat Daya Pariaman dengan kekuatan 7.6 skala Ritcher pada jam 17:16:09 waktu Indonesia Barat.
Gempa yang kedua dikesan berlaku kira-kira 22 km di Barat Daya Pariaman juga dengan kekuatan 6.2 skala Ritcher pada jam 17:38:52 waktu Indonesia Barat.
Setakat ini, jumlah korban gempa bumi ini telah meningkat menjadi 75 orang semuanya. Sila rujuk:-
http://regional.kompas.com/read/xml/2009/09/30/23160540/bnpb.korban.tewas.sementara.75.orang
Takziah kepada yang malang. Semoga Allah memberikan kesabaran kepada mereka dalam menempuh dugaan yang amat berat ini.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan