By Idris TaluPagi hari yang kedua berada di Johor Bahru, selepas solat Subuh, penulis mula mengambil gambar di sekeliling Hotel Selesa. Penulis lupa, tinggal di tingkat yang ke berapa - berbelas tingkat juga rasanya.
Gambar pertama pagi ini penulis ambil arah ke Timur
(tak payah ceritalah, takkan matahari naik dari arah Barat?). Matahari baru menunjukkan ghopanya yang masih belum marah lagi, belum panas kata orang.
Cuaca pagi di Johor Bahru. Matahari makin lama semakin tinggi naiknya. Pulau Singapura juga semakin kelihatan. Semasa di Bali penulis bertanya dengan orang Hindu Bali, pura itu apa maknanya, sebab banyak tempat bernama pura di Bali.
"Pura itu, tempat kami beribadat!" kata orang Hindu Bali itu. Rupanya pura itu ialah "temple" atau "berhala" dalam bahasa kita. Kita sedap menyanyikan lagu "Pura Cendana!". Noktah!
Kabus tipis di ufuk Timur Hotel Selesa, Johor Bahru. Suasana di sekeling hotel cukup indah. Namun begitu, jalanraya di depan hotel tempat kami menginap sudah riuh dengan kenderaan sejak awal Subuh tadi lagi.
Kononnya ramai rakyat Johor yang berulang-alik ke Singapura - bekerja di sana.
Entahle, bangunan apa ye? Penulis sendiri tidak tahu nama bangunan-bangunan yang diambil gambarnya - main snap sahaja.
Sebelah Barat Hotel Selesa, Johor Bahru. Sebelah mana? Astaga Lali! Kata sahabat Jawa dari Muar. Haji Mustafa.Hai..... Merah sangat tu Pak Ngah! Tuan Haji Mustaffa dengan baju merahnya. "Orang lama kena garang!" Kata Haji Mus. Teman tak komplen apa-apa!
Pemandangan bandar Johor Bahru.
Idris Talu di Johor Bahru.
Penulis dengan baju biru laut. Biru itu ketenangan. Kawan-kawan dari Johor kata pada penulis, "Engkau ni oghang Johor atau oghang Perak?". Orang Perak, biasanya menyebut Perak, bukan dengan huruf "ra" (jawi) atau "r" (rumi), tetapi dengan huruf "ghen" (jawi), atau "gh" (rumi).
Alhamdulillah, penulis memang biasa terkontang-kanting merata tempat sejak kecil, maklumlah yatim sejak umur tujuh tahun, tahu membawa diri - jumpa kawan Johor, buat cara Johor, jumpa kawan Pahang, "Kawan tak mende le!".
Kalau jumpa kawan dari Temerloh, "Kas ndak kas sebut!"
(Saya hendak saya sebutlah!). Bagi dek tokeh restaurant tu carlsberg, tak pengsan!
Hotel Selesa Johor Bahru. Sebahagian bandar Johor Bahru. Pesiaran yang cantik.Pesiaran - tempat untuk pejalan kaki, kelihatan cukup bersih dan cantik di sekitar Johor Bahru. Rakyat Johor cukup terkenal dengan kebersihan mereka. Penulis diberitahu, kawasan kampung di sekitar Bandar Maharani Muar, cukup teratur, bersih dan menarik.
Pesiaran di Johor Bahru.Ada yang bertanya dengan penulis, perbezaan antara perkataan "persiaran" dan "pesiaran". Fahaman penulis dari pembacaan majalah-majalah bahasa keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, "pesiaran" bermaksud tempat kita bersiar, contohnya jalan-jalan di dalam taman-taman atau kawasan-kawasan perumahan.
Sementara "persiaran" pula benda yang membawa kita bersiar, contohnya bas persiaran, kapal persiaran dan sebagainya.
"Habis tu, macam mana ada Majlis Bandaraya, Majlis Daerah yang berikan nama jalan sebagai "Persiaran"?
No komen! Noktah!
Hotel Selesa. Hotel Selesa dari sudut lain. Kompleks baru di Johor Bahru. Johor Bahru dan sebahagian di seberang tambak. Johor Bahru yang cantik. Sebahagian dari Johor Bahru.
Penulis memohon maaf kepada para pembaca blog ini kerana kurang arif dengan gambar-gambar yang diambilnya. Bak kato oghang Soghomban, "Tak dapek den manolongnyo!"
©idristalu@2009