TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 26 Februari 2014

Perbelanjaan pelancong asing meningkat




KUALA LUMPUR 27 Feb. 2014.

Malaysia mencatatkan RM65.44 bilion bagi perbelanjaan oleh pelancong asing pada 2013 berbanding RM60.56 bilion pada 2012.



Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, peningkatan sebanyak 8.1 peratus itu sejajar dengan objektif Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia (MTTP) untuk meningkatkan perbelanjaan setiap seorang pelancong asing ke negara ini.


"Aktiviti membeli-belah merupakan komponen kedua terbesar yang merangkumi 30.2 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan pelancong pada 2013," katanya ketika merasmikan Hari Kraf Kebangsaan 2014 oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, di sini hari ini. -
 


Sumber: UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh:
 http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140227/dn_26/Perbelanjaan-pelancong-asing-meningkat#ixzz2uVJfazEc

© Utusan Melayu (M) Bhd
 



Isnin, 17 Februari 2014

Gunjingan Terhadap Kaum Penulis




Pernah diceriterakan, 
Almarhum Buya Hamka
dicerca disudutkan
bahasa Arabnya dikatakan semrawut jungkir walik
namun itu tidak melemahkan jiwa dan semangatnya
Akhirnya kita semua mengetahui, Buya Hamka tetap gagah berdiri
di persada kebudayaan bangsanya.

Para Penggunjing:
Sindiran mu yang menyudutkan
teguran mu yang merperdungukan
tanpa keikhlasan yang membantu
tanpa idea bersahabat
biasanya mengarah kepada memperuncingkan dan mengeruhkan persahabatan.

Apakah ini unjuran Junjungan kita?
Apakah ini sumbangan kita memperkayakan kebudayaan bangsa
dan agama kita?

Kepada sahabat ku kaum penulis, menulislah
sumbangan mu dilihat Allah

Jumaat, 14 Februari 2014

Resepi membuat kebebe

Cara menumbuk kebebe
Foto ihsan En. Mat Matawai

Nenas hijau
antara bahan untuk membuat kebebe.


Bahan buah -buahan untuk membuat kebebe:


Buah nenas yang sederhana tua - seeloknya nenas hijau

Buah jambu batu - sama ada tanaman kampung atau yang tanpa biji



Buah jambu air

Buah gucel

Buah kedondong

Isi buah kelubi muda

Buah belimbing buluh sederhana tuanya

Buah cermai

Buah kelempung

Buah cedong

Jantung Pisang

Putik  nangka muda

Putik kelapa yang masih mampat, belum berair

Putik ciku

Buah rumbia (jika ada)

 Buah belimbing buluh @ wuluh.
Buahnangka muda

Buah jambu air
 Buah kelempung
 Pilih putik kelapa yang belum berair

 Buah gucil
  Antara bahan-bahan untuk membuat kebebe
Foto ihsan En. Mat Matawai
 
Bahan-bahan sambalnya:-




Cabai melaka @ cili padi
Belacan, atau digantikan dengan isi ikan tenggiri yang telah dipanggang
Garam kasar
Gula pasir
Sedikit gula perang
Sedikit kacang tanah yang telah digoreng

Cara-cara membuatnya:-

1. Buah nanas tua dikupas kulitnya dan dibuang bulu hidungnya. Isi nanas dipotong dadu.
2. Buah jambu batu dibersihkan, dibuang bijinya dan dipotong dadu.
3. Buah jambu air dibersihkan dan dipotong juga.
4. Buah nangka muda dibersihkan dan dipotong dadu.
5. Putih kelapa juga dibersihkan kulitnya, dan dipotong dadu.
6. Jantung pisang dibuang kulit kasarnya, dipotong sederhana kecilnya. Jarum bunganya elok dibuang.
7. Buah-buah lain dibersihkan dahulu.

Cara Menumbuknya:

1. Masukkan cabai melaka @ cili padi, garam kasar, gula pasir, gula perang, kacang tanah dan belacan ke dalam lesung kayu. Tumbuk semua bahan hingga lumat @ hancur.

2. Selepas itu masukkan nangka muda, jambu batu, belimbing buluh, buah cermai, buah kelempung, buah cedong, jantung pisang, buah nenas, putik kelapa, putik ciku, jambu air, isi buah rumbia, buah kedondong, buah gucil ke dalam lesung kayu dan ditumbuk. Ada yang suka bahan-bahan ini ditumbuk lumat, sementara ada juga yang suka ia ditumbuk agak kasar bentuknya. Terpulanglah kepada kesesuaian penggemarnya.

3. Makanan kebebe siap sedia untuk dinikmati. 

Cara memakannya samalah seperti kita memakan rojak buah yang lain.

 Menumbuk kebebe dalam lesung kayu
Foto ihsan En. Mat Matawai
Semasa Pesta Makanan Tradisional Lenggong baru-baru ini.

http://idristalu.blogspot.com/



 





CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran