TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Sabtu, 30 November 2013

BUAH-BUAHAN DI PERAK DARUL RIDZUAN

Musim buah-buahan yang tidak menentu masanya menyebabkan buah-buahan tempatan boleh ditemui di negeri Perak ini, hampir sepanjang tahun, cuma dalam jumlah yang banyak atau sedikit sahaja bezanya.


 Buah malinjo ini penulis temui di Pekan Sari Changkat Jering tidak berapa lama dahulu. Buah ini biasanya dibuat masak lemak kuning bersama ikan sungai. Ada juga yang suka dimasak asam pedas dengan ikan pari atau ikan patin - terpulang kepada selera masing-masing.

Buah malinjo ini juga biasa dibuat keropok malinjo.



 Buah belimbing besi jenis madu ini sesuai dimakan segar atau dibuat jus. Ada yang suka mencampurkannya dengan air dan isi kelapa muda atau kelapa pandan yang wangi. Dikatakan banyak mengandungi zat besi, sesuai untuk minuman untuk berbuka puasa.


Buah nenas atau naneh ini juga sesuai dimakan segar. Ramai juga yang meminati jus nenas bersama agar-agar, atau isi kelapa muda.


Buah putat pula, amat enak dibuat ulam dikawankan dengan sambal kelapa parut dimakan bersama nasi putih yang masih panas.



 Satu lagi jenis ulaman yang digemari pelbagai etnik yang menjadi penduduk negeri Perak ialah buah petai ini.

Idris Talu


Jumaat, 29 November 2013

PEKAN SARI CHANGKAT JERING, TAIPING

Pekan Sari Changkat Jering, biasanya dibuka dari petang Sabtu hingga petang Ahad setiap minggu. Ianya menjadi tempat pilihan penulis untuk membeli belah hasil keluaran kampung seperti buah-buahan, sayuran, hasil kerja pertukangan dan pelbagai juadah makanan tradisi yang biasa terdapat di kampung-kampung di Perak Utara.


 Pelbagai hasil kampung dijual di sini
Nenas ada, pisang ada, tembikai pun ada.


 Ubi kayu @ kapelo batang.



Di kalangan orang Malaysia, ianya disebut "Ubi Kayu" atau nama botaninya, Manihot Esculenta Crantz. Dalam bahasa Inggeris, disebut cassava.



Ubi kayu juga dikenali sebagai "kapelo batang" di kalangan orang Minang sedangkan pucuknya disebut pucuak parancih. Di kalangan orang Jawa pula ianya disebut singkong.



Sedap atau enak diperbuat sebagai makanan dalam pelbagai bentuk dan nama. Direbus, ditumbuk bersama parutan kelapa serta sedikit gula dan garam, dikepal bulat-bulat, dinamakan getok. Getok boleh dimakan begitu sahaja, boleh juga digoreng.



Dihiris nipis-nipis, dijemur di bawah panas matahari, menjadi kerepek. Ubi kayu diparut atau disagat, dijadikan kuih bingka atau bengkang.

Musim baru bermula di Changkat Jering.

Buah salak Changkat Jering.
Pelbagai jenis buah-buahan di Changkat Jering.

Ikan air tawar yang telah dikeringkan.

Putu Perak @ Putu Piring, kuih tradisi Melayu Perak.

Ketupat pulut atau ketupat palas.

Hasil pertukangan tangan orang kampung - kacip.

Kukur kelapa yang semakin dilupakan orang.

Kenderaan para pengunjung Pekan Sari Changkat Jering.

Pekan Sari Changkat Jering - ihsan Google map.

Kepada pembaca yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), boleh keluar masuk di Exit Changkat Jering.

Idris Talu.

Khamis, 28 November 2013

KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA

Kuala Kangsar merupakan antara bandar yang tertua di Negeri Perak Darul Ridzuan.

Pintu gerbang di Kampung Talang
sebelum memasuki Bandar DiRaja Kuala Kangsar.
Memasuki bandar ini, kita akan bertemu dengan jam besar pula di tengah-tengah bulatan berhampiran dengan Pejabat Pos. Ke bawah kita akan ke lembah di tebing Sungai Perak.
 Jam Besar.

Selepas melihat jam besar, kita ke stesen keretapi Kuala Kangsar yang baru, yang masih dalam pembinaannya. Belum pasti bila akan digunakan. Stesen baru ini dibina sebagai  sebahagian dari usaha bersepadu dalam peningkatan perkhidmatan keretapi antara Kuala Lumpur dan Padang Besar di Perlis.


Stesen Kuala Kangsar


Insya Allah ان شاء الله  kita akan bercerita lagi tentang Kuala Kangsar.


CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran