TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Isnin, 17 Jun 2013

Pelbagai program dirancang untuk meraikan 75 tahun Utusan Melayu.



KUALA LUMPUR 8 Mac - Sempena ulang tahun ke-75 Utusan Melayu (M) Bhd., pelbagai program terutama yang berlandaskan tanggungjawab sosial korporat akan diadakan sepanjang tahun ini bagi tujuan mendekatkan institusi itu dengan masyarakat.

Bertemakan 'Merintis Pemikiran Membina Peradaban', Utusan Melayu akan mengadakan program khidmat bakti di rumah-rumah anak yatim, rumah warga tua, sumbangan kepada pesakit kronik dan lawatan ke wad kanak-kanak di beberapa hospital terpilih.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan tahun ini, konsert 75 tahun akan turut diadakan, karnival, konvoi bermotosikal ke Queen Street di Singapura, doa selamat 75 tahun, malam puisi, wacana dan anugerah tokoh Melayu.

Buat pertama kalinya juga, Utusan Melayu bakal menerbitkan buku yang mengandungi gambar-gambar bersejarah Utusan selain sebuah buku lagi khusus mengisahkan tentang sejarah institusi akhbar itu oleh bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Zainuddin Maidin.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin berkata, program tersebut adalah tanda penghargaan institusi itu untuk pembaca yang selama ini memberi sokongan berterusan kepada Utusan Melayu yang sekali gus menguatkan penjenamaan institusi berkenaan di mata masyarakat.

''Sebagai pewaris institusi keramat ini, sudah tentu kita berasa bangga kerana telah melangkah usia 75 tahun yang merupakan satu usia penting dalam sesebuah syarikat.

''Pihak pengurusan merasakan amat wajar kita mengadakan program dan aktiviti seumpama itu bagi menyemarakkan lagi sambutan ulang tahun ini,'' katanya semasa berucap melancarkan Sambutan Ulang Tahun Ke-75 Utusan Melayu di Ibu Pejabat Utusan Melayu, Jalan Chan Sow Lin di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan kakitangan Utusan.

Mohamed Hashim berkata, Utusan Melayu telah melalui pelbagai transformasi bermula dengan akhbar yang diterbitkan sepenuhnya dalam tulisan jawi pada 29 Mei 1939 dan hari ini, akhbar itu diperluaskan kepada empat penerbitan utama iaitu Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad.

Katanya, seiring dengan perkembangan teknologi terkini, Utusan Melayu telah memperkenalkan akhbar digital atau e-paper yang bertujuan memudahkan akhbar diakses walau di mana sahaja pembaca berada.

''Sehingga kini, seramai 2,000 pembaca telah melanggan e-paper Utusan Malaysia sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada November tahun lalu,'' katanya

Artikel Penuh: 

Utusan Malaysia

Ahad, 9 Jun 2013

Ulang Tahun Kelahiran.

Sahabat-sahabat penulis, dari dekat dan jauh mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran pada hari ini 9 Jun. Penulis merasakan cukup terharu dengan ucapan selamat dan doa untuk keselamatan diri penulis serta keluarga. Antara ucapan yang penulis terima ialah dari Pak Dasril Alies dari Talu:



Dari sahabat Sofea di Australia:




Dari rodong-rodong keh di Temerloh United @ Pesat:





Dari sahabat-sahabat di group Sembang Santai:


 
Serta ucapan-ucapan selamat melalui facebook.

Terima kasih dari penulis.



CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran