TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 30 Jun 2010

Borang bazar Ramadan laris

Sumber : Berita Harian Malaysia Online.

Oleh Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail
smohd@bharian.com.my

Tarikh: 2010/07/01



ORANG ramai menyerbu kaunter MBPJ di Dewan D’Kelana, Kelana Jaya, bagi mendapatkan borong bazar Ramadan yang mula diedarkan, semalam.Orang ramai sanggup tunggu bermula jam 6 pagi di kaunter MBPJ

KELANA JAYA: Lebih 2,000 peniaga menyerbu kaunter Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Dewan D'Kelana di sini, bagi mendapatkan borong bazar Ramadan yang mula diedarkan, semalam. Timbalan Setiausaha MBPJ, Ahmad Mohayen Said, berkata borong bagi mendapatkan permit untuk berniaga pada Ramadan tahun ini mendapat sambutan menggalakkan hingga ada yang sanggup menunggu bermula jam 6 pagi.

Beliau berkata, tahun ini MBPJ mengeluarkan 1,521 permit petak penjaja membabitkan 21 lokasi seluruh kawasan Petaling Jaya.

“Sambutan kali ini menggalakkan dan ramai yang mengambil peluang untuk berniaga ketika Ramadan.

“MBPJ akan memikirkan untuk menambah bilangan lokasi jika permit berniaga yang diberikan masih tidak mencukupi. Ia juga bergantung kepada mesyuarat yang akan diadakan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, MBPJ akan menerima permohonan yang layak termasuk mereka yang menerima suntikan taun.

“Perniagaan ketika Ramadan bermula mulai jam 4 petang hingga 7.30 malam. Ketika siang mereka perlu membersihkan kawasan perniagaan termasuk tidak meletakkan barangan jualan.

“Jika mereka meletakkan barangan di tepi jalan tindakan merampas barangan terpaksa diambil,” katanya.

Sementara itu, katanya MBPJ tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang berniaga tanpa permit di kawasan MBPJ.

“Kita tidak mahu peniaga menimbulkan masalah sebalik meminta mereka memberikan kerjasama untuk kesenangan bersama,” katanya.

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BorangbazarRamadanlaris/Article/index_html

Pelajar perempuan dominasi kemasukan ke universiti awam

Sumber : Berita Harian Malaysia Online.

Tarikh: 2010/07/01

KUALA LUMPUR: Pelajar perempuan terus mendominasi kemasukan di universiti awam apabila menguasai 64.8 peratus atau 26,229 daripada 40,506 tempat yang ditawarkan untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2010/2011 yang akan mendaftar pada Sabtu dan Ahad ini.

Jumlah mereka juga melebihi lelaki bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf yang akan mendaftar pada tarikh sama dan 23 Mei lalu dengan 21,567 pelajar perempuan berjaya mendapat tawaran atau 58.45 peratus daripada keseluruhan 36,900 tempat kemasukan.

Hanya 35.2 peratus atau 14,277 pelajar lelaki mendapat tempat dalam program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama) dan 41.55 peratus atau 15,333 untuk kemasukan program lepasan SPM atau setaraf. Menurut sumber Kementerian Pengajian Tinggi, jumlah penawaran tempat kepada pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki bagi semua kategori kaum bagi kedua-dua peringkat program pengajian.

Bagi program ijazah pertama, 18,814 atau 65.7 peratus pelajar Bumiputera adalah perempuan berbanding 9,819 atau 34.3 peratus lelaki, Cina (5,909 atau 61.8 peratus perempuan dan 3,660 atau 38.2 peratus lelaki), manakala India dan lain-lain (1,506 atau 65.4 peratus perempuan dan 798 atau 34.6 peratus lelaki).

Sumber itu berkata, bagi program lepasan SPM/setaraf, 21,032 atau 58.50 peratus pelajar Bumiputera adalah perempuan berbanding 14,919 atau 41.50 peratus lelaki, Cina (351 atau 58.50 peratus perempuan dan 249 atau 41.50 peratus lelaki), manakala India dan lain-lain (205 atau 58.74 peratus perempuan dan 144 atau 41.26 peratus lelaki).

Katanya, dominasi kemasukan pelajar perempuan ke IPTA selari jurang gender yang amat ketara antara pelajar perempuan dan lelaki dalam permohonan untuk kemasukan program lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama), tahun ini.
Beliau berkata, sebanyak 67 peratus atau 41,046 daripada keseluruhan 61,228 permohonan diterima adalah daripada pelajar perempuan dengan jumlahnya melebihi sekali ganda berbanding hanya 33 peratus atau 20,182 calon lelaki.

Malah, bilangan pemohon perempuan pada kemasukan tahun ini meningkat berbanding 40,886 tahun lalu, melebihi sekali ganda daripada 20,141 permohonan oleh pelajar lelaki.

Katanya, bilangan pelajar perempuan mengatasi lelaki bagi permohonan dalam semua kategori kaum yang meliputi 44,305 Bumiputera, Cina (12,342) serta India dan lain-lain (4,581).

Bagi kategori Bumiputera, 68.8 peratus atau 30,471 permohonan diterima daripada perempuan berbanding 31.2 peratus atau 13,834 lelaki, Cina (62.4 peratus atau 7,701 perempuan, 37.6 peratus atau 4,641 lelaki), manakala India dan lain-lain (62.7 peratus atau 2,874 perempuan dan 37.3 peratus atau 1,707 lelaki).

Malah, bilangan calon perempuan jauh mengatasi lelaki bagi permohonan program lepasan SPM/setaraf dalam semua kategori kaum dengan Bumiputera 60.25 peratus, Cina atau 62.87 peratus dan India serta lain-lain 61.56 peratus.

Sementara itu daripada jumlah tempat ditawarkan IPTA bagi program ijazah pertama, Universiti Utara Malaysia (UUM) mendahului senarai dengan mengambil seramai 4,392 pelajar baru, diikuti Universiti Malaysia Sabah (UMS) (4,001) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) (3,717).

Universiti Sains Malaysia (USM) (3,694), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (3,436), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) (2,973), Universiti Malaya (UM) (2,819) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (2,495), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) (2,304), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) (2,218), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) (1,945), Universiti Malaysia Pahang (UMP) (1,674), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) (1,406).

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) (1,168), Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA – sebelum ini dikenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia/UDM) (881), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) (678), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (445) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (260).

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelajarperempuandominasikemasukankeuniversitiawam/Article

Haji Dan Umrah Menyumbangkan RM52b

Sumber: Harian Metro Malaysia Online.

Tarikh: 2010/07/01

MADINAH: Jumlah perolehan RM25.9 bilion pada setiap musim haji boleh ditingkatkan dua kali ganda jika Arab Saudi menguruskan kedatangan jemaah dengan profesional.

Anggota Jawatankuasa Haji dan Umrah Dewan Perdagangan dan Perindustrian Madinah, Abdul Ghani Hammad Al-Ansari, berkata jumlah itu hanya mengambil kira pendapatan di Makkah dan Madinah semata-mata.

Katanya, melalui pengurusan lebih baik, kadar itu boleh ditingkatkan lebih tinggi.


“Perolehan di Makkah jauh lebih tinggi berbanding Madinah kerana ia terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz.


“Jika lapangan terbang di Madinah boleh berfungsi sepenuhnya untuk menerima lebih banyak penerbangan antarabangsa, jumlah perolehan itu mungkin boleh diseimbangkan,” katanya, semalam.


Menurut Abdul Ghani, syarikat pelancongan asing mendominasi pasaran dan mengawal harga pasaran berbanding milik tempatan.


Katanya, syarikat tempatan berfungsi hanya sebagai penghubung kepada syarikat asing.


“Ada kira-kira 40 syarikat umrah tempatan gagal beroperasi dengan baik.


“Jika mereka bersatu dalam setiap keputusan, faedah diperoleh turut memberi kesan ekonomi yang baik kepada negara,” katanya.


Abdul Ghani berkata, jika semua syarikat pengendali haji dan umrah Arab Saudi bersatu, mereka boleh menjana pendapatan sehingga lebih RM51.8 bilion.


“Ia juga boleh mengurangkan kadar pengangguran negara,” katanya. – Agensi

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Haji_umrahsumbangRM52b/Article/index_html

Selasa, 29 Jun 2010

Blatter mohon maaf

Sumber: Akhbar Sinar Harian Online

Rabu 30 Jun 2010.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa), Sepp Blatter memohon maaf kepada pasukan England dan Mexico akibat kesilapan pengadil yang menyingkirkan mereka dalam saingan Piala Dunia dan Fifa bersedia mengadakan perbincangan terbuka mengenai penggunaan teknologi video.

Blatter memberitahu telah meminta maaf kepada pegawai pasukan dan delegasi kedua-dua pasukan dan mereka menerima kesilapan Fifa.

“Kami sedih apabila melihat pengadil melakukan kesilapan dalam perlawanan Ahad lalu,” katanya.

Blatter turut menyatakan Fifa akan ‘membuka semula fail’ berkaitan penggunaan teknologi video dalam mesyuarat yang bakal diadakan di Wales, bulan depan.

England dinafikan gol kedua oleh pengadil untuk mengikat kedudukan 2-2 dengan Jerman manakala jaringan gol dilakukan oleh Tevez jelas dalam keadaan offside. Jerman menang 4-1 ke atas England dan Argentina mengatasi Mexico 3-1.

Source: http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7887008.asp

Get with the tech






FROM EDITORIAL

Get with the tech

SADLY, Fifa president Sepp Blatter's obdurate opposition to technological aids for refereeing decisions in football brand him as hidebound. Reverence for the way things were in the sport shouldn't extend to fondly preserving the human frailties undermining the game. A single goal can change lives, nations and histories. When couch-bound spectators on the other side of the planet can see a ball cross a goal-line in slow motion within seconds of the event, their concurrent witness to the blindness of the ref and his assistants is truly damning of the "fair play" so prominent in the ethos of this year's World Cup in particular.

No argument holds much water against electronic monitoring. No technological breakthroughs are required -- not when spectators in those very stadiums can see exactly what everyone else in the world sees, replayed within seconds on those giant TV screens strangely invisible to officials on the pitch.

This doesn't call for the admittedly advanced technology of the "Hawk-Eye" systems now enhancing appreciation of cricket, snooker and tennis, with frame-by-frame triangulated ball-tracking through an elaborate array of computer-linked cameras. Blatter notes the absurdity of installing such systems on the scale of a football pitch -- but the objection is itself absurd. Cases such as Frank Lampard's possibly game-changing but unrecognised goal against Germany and Carlos Tevez' offside status in his goal for Argentina against Mexico last Sunday could have been resolved with the video technology already in place.

This is not about technology, therefore, but attitude. Short of surrounding the pitch with an unbroken cordon of referee's assistants, Fifa should set the ball rolling on video-replay verification of line calls. It will not "disrupt the flow of the game" -- certainly not as much as, say, the world-record 62 throw-ins in Paraguay's 1-1 draw with Italy in the group rounds or, for that matter, the histrionics of players feigning mortal injury in quest of sanctions against their rivals.

Notably, in all the hubbub over the Lampard's "ghost goal", hardly any mention is made of the blatant deception of Germany's goalkeeper, Manuel Neuer, who slickly and slyly pretended the ball had not crossed his goal-line. Players may be -- indeed, are -- forgiven their gamesmanship. For the somewhat loftier sake of sportsmanship, therefore, why not let technology provide the clarity of view and impartiality of observation required to keep things square on that proverbially level playing field?

Source: http://www.nst.com.my/nst/articles/16eed/Article/

Open University Malaysia Goes International


Malaysia Open University has expanded its operations to several countries in various parts of the world.

OUM was established in Yemen, Bahrain, Maldives, Sri Lanka, and Ghana with encouraging response. Lately, OUM was expanding to new arena, Hungary.

OUM tubuh pusat pembelajaran berterusan baru di Hungary

Sumber: Berita Harian Malaysia Online.

Ditulis oleh: Khairunnisa Kamarudin
khairunnisa@bharian.com.my

Tarikh: 2010/06/29

OUM tubuh pusat pembelajaran berterusan baru di Hungary

UNIVERSITI Terbuka Malaysia (OUM) meluaskan operasinya ke Eropah Timur dengan penubuhan pusat pembelajaran berterusan di Hungary yang dijadual memulakan sesi pengajiannya September ini.

Yang Berbahagia Tun Jeanne Abdullah menganugerahkan ijazah.

Presidennya, Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali, berkata permintaan menggalakkan di kalangan lepasan sekolah dan golongan profesional di sana memberi peluang pihaknya mengembangkan operasinya. Beliau berkata, antara pengajian yang ditawarkan ialah sarjana pengurusan perniagaan, teknologi maklumat dan komunikasi serta teknologi rekaan struktur.

Keyakinan mengembangkan operasi katanya, bersandarkan prestasi di beberapa negara lain iaitu di Yemen, Bahrain, Maldives, Sri Lanka dan Ghana yang mendapat sambutan menggalakkan.

“Usaha ini membantu OUM mempertingkatkan jaringan antarabangsa bersama penyedia program pengajian tinggi di negara berkenaan.

“Perkembangan ini mencerminkan keupayaan OUM sebagai penyedia program pengajian sepanjang hayat. Kualitinya setanding pendidikan global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis konvokesyen kelapan OUM di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Hadir sama, Canselornya, Tun Jeanne Abdullah.
Anuwar berkata, pihaknya menyasarkan mengambil sekurang-kurangnya 130,000 pelajar tempatan dan antarabangsa menjelang 2015.

Setakat ini beliau berkata, lebih 20,000 sudah menamatkan pengajian masing-masing dalam pelbagai peringkat pengajian.

Sementara itu pada majlis berkenaan, OUM mengumumkan graduan ijazah sarjana muda teknologi maklumat dan komunikasi, N Chandran, 30, sebagai penerima Anugerah Commonwealth Educational Media Centre of Asia (CEMCA).

Beliau yang juga pelajar terbaik Anugerah Teknologi Maklumat, berkata dia bersyukur kerana pengiktirafan itu satu penghargaan paling berharga buat dirinya.

“Pemberian ini adalah hadiah untuk anak perempuannya yang kini berusia tiga bulan. Kesungguhannya selama empat tahun belajar bersungguh-sungguh akhirnya mencapai kejayaan,” kata juruteknik komputer yang terpaksa mengorbankan sukan kegemarannya iaitu bola sepak semata-mata untuk memberi perhatian dalam pelajaran.

Seorang pembantu tadbir, Rita Rofiza Othman, 29, berkata mendapatkan Diploma Sumber Manusia di OUM membuktikan orang kurang upaya (OKU) juga mampu meraih kejayaan seperti insan normal.

“Saya bersyukur kerana mendapat tajaan Yayasan Kebajikan Masyarakat selain sokongan keluarga menyuntik semangat untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.

Rakannya, Thuwaibah Mohamad, 28, yang mengalami kecacatan tangan sejak kecil berkata kekurangan diri tidak menghalangnya meneruskan pengajian.

Penerima Diploma Sumber Manusia itu bercadang menyambung pengajian peringkat lebih tinggi baginya proses pembelajaran begitu menyeronokkan kerana mendapat sokongan pensyarah dan rakan.

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kembangoperasi/Article

Isnin, 28 Jun 2010

Ulaman Dan Sayuran Kampung

By Idris Ismail Talu

Sayuran tradisi orang Melayu tidak pernah kurang di pasar-pasar tradisi mahu pun pasar modern seperti Tesco, Giant dan sebagainya. Penulis paparkan beberapa jenis ulaman dan sayuran kampung yang terdapat di Malaysia.


Bunga kantan, rencah wajib dalam kuah laksa tempatan, kecuali laksam Kelantan. Bunga kantan juga menjadi campuran wajib dalam sesetengah masakan asam ikan air tawar, seperti masak asam ikan patin, ikan baung dan ikan-ikan yang sejenis dengannya.

Bunga kantan juga menjadi bahan utama dalam nasi kerabu, nasi ulam dan nasi dagang yang cukup digemari di negeri-negeri Pantai Timur.


Pucuk paku pula biasanya digoreng dengan ikan bilis atau udang kering. Ada juga peminat pucuk paku membuat sayur lemak pucuk paku yang juga biasanya bercampur udang kering atau udang masin.

Pucuk paku juga sesuai dibuat kerabu dengan dicampurkan dengan isi kerang yang telah direbus bersama taugeh kacang hijau serta sedikit kerisik kelapa.

Ada juga penggemar pucuk paku mencampurkan rebusan pucuk paku bersama rebusan kangkung, taugeh kacang hijau dan sayuran lain sebagai pecal. Pecal, sambal tumbuk cili kering bersama kacang tanah yang telah digoreng bercampur belacan (terasi) serta sedikit air asam jawa (tamarind) dicampurkan secara samarata (serasi) dengan bahan-bahan rebusan tadi.

Makanan yang diperkenalkan oleh masyarakat Jawa ini, kini telah diminati oleh semua kaum di Malaysia.


Ulaman pegaga, biasanya dibuat ulam mentah dimakan bersama sambal kelapa parut. Pegaga kini sudah cukup terkenal sebagai tumbuhan herba yang pelbagai guna. Ekstraknya telah diproses untuk dijadikan minuman herba dan dipasarkan ke seluruh dunia.

http://idristalu.blogspot.com/

Utusan Melayu Hari Ini

Sumber: Utusan Malaysia Online

Kandungan akhbar Utusan Melayu hari ini:-



Membesar Di Depan Television.


Antara lain, pandangan Prof. DiRaja Ungku Abdul Aziz dipaparkan.


Kesan negatif dari kecanduan kepada television.

Sabtu, 26 Jun 2010

Mengintai Burung Di Lembah Kinta

By Idris Talu
Melihat burung dari pelbagai jenis atau species, terbang dan duduk diam menunggu anak-anak ikan menghampiri mereka. Makanan burung-burung di sini terdiri dari serangga kecil seperti belalang, keridik, anak-anak ikan, anak-anak katak, malah anak-anak ular juga dimakan oleh burung-burung di sini.








Dua ekor burung bangau tenang dan sabar menunggu makanan.
Seekor bangau putih, relax, terbang rendah.

Lagi seekor bangau terbang rendah di permukaan tasik.
Yang seekor lagi memehatikannya.



Sekumpulan burung bangau di tepi tasik.

Kumpulan yang sama.

http://idristalu.blogspot.com/

Jumaat, 25 Jun 2010

MAHB kendali satu lagi lapangan terbang di seberang laut

Source: Berita Harian Malaysia Online

Tarikh: 2010/06/25

PUTRAJAYA: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memenangi satu lagi bidaan untuk membina, mengendali, memodenkan dan membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Male (MIA) melalui konsortium GMR-MAHBnya.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Bashir Ahmad di dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata usaha sama dengan GMR Group yang berpangkalan di Bangalore sejak 2002, mengukuhkan komitmen MAHB untuk mengembangkan perniagaannya yang melangkaui sempadan Malaysia. GMR Group berpengkhususan di dalam lapangan terbang, tenaga, lebuh raya, dan infrastruktur perbandaran. Bashir berkata, MIA terletak di Pulau Huhule di arcipelago yang stabil dan adalah salah satu lapangan terbang yang cepat berkembang di rantau itu.

Kejayaan itu, menunjukkan satu mercu tanda penting satu syarikat Malaysia yang mempunyai kepakaran di dalam pasaran antarabangsa.

Bidaan itu disertai oleh dua pihak lain iaitu Aeroport De Paris, France-TAV, Konsortium Turki dan Konsortium Zurich Airport-GVK.

Dengan kejayaan itu, MAHB kini mempunyai empat lapangan terbang di seberang laut yang termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi di Hyderabad, Lapangan Terbang antarabangsa Indira Gandhi di Delhi, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen di Turki. - Bernama

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MAHBkendalisatulagilapanganterbangdiseberanglaut/Article

Peserta Industri Halal Perlu Raih Pasaran Ramuan

Sumber: BERNAMA
25 Jun, 2010 21:35 PM


KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Para peserta industri halal perlu bergiat aktif di dalam sektor ramuan halal kerana para pengguna Islam di seluruh dunia menuntut dihentikan penggunaan ramuan berasaskan haiwan, kata isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Katanya ramuan yang kompleks yang disepadukan ke dalam produk farmaseutikal dan penyediaan makanan, seperti gelatin, enzim dan bahan memekatkan makanan yang digunakan di dalam masakan harian dan penyediaan makanan kini mendapat pemantauan teliti dan diperdebatkan.

"Dengan itu, adalah penting bagi ramuan halal yang mematuhi syariah disediakan bagi memenuhi keperluan pengguna, kata Rosmah semasa menutup Sidang Kemuncak Penyelidikan Halal Dunia (WHRS) ketiga 2010 di sini. Katanya permintaan bagi mendapatkan ramuan bukan halal dari pengeluar dan pengguna global Islam mewakili peluang yang besar bagi para peserta industri halal.

"Saiz pasaran ramuan global dianggarkan lebih US$30 bilion pada 2005 dan diunjurkan mempunyai kadar pertumbuhan tahunan 2.4 peratus," katanya, sambil menyatakan bahawa pasaran itu bernilai US$34.2 bilion sehingga ini. Rosmah berkata peserta industri halal perlu mulai menyandarkan terhadap teknologi yang baharu muncul seperti bioteknologi dan nanoteknologi untuk membangunkan produk baharu dan menambah baik teknologi makanan pemprosesan makanan halal dan bukan halal.

Katanya kerajaan mempunyai dasar dan infrastruktur institusi yang relevan bagi menggalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). "Kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Pembangunan Industri Halal dan menyediakan geran dan insentif bagi syarikat untuk melaksanakan R&D di dalam pengeluaran dan pembangunan produk halal," katanya.

Acara tiga hari itu juga bermatlamat menzahirkan secara pendekatan menyeluruh untuk membangunkan "eko-sistem halal" melalui R&D. Beliau percaya lebih banyak sidang kemuncak industri halal akan membantu pertumbuhan dan para pesertanya dapat mengemas kini dengan dapatan dan teknologi baharu.

"Tanpa diragui, produk baharu dibangunkan setiap hari manakala teknologi produk baharu digunakan oleh industri untuk kekal kompetitif di dalam pasaran global. "Untuk kekal sebagai peneraju industri itu, kita perlu berada di hadapan di segi corak trend dan pengguna," katanya. -- BERNAMA

Source: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=508799

Keindahan Tumbuhan dan Bungaan

By Idris Ismail Talu

Penulis cukup sukakan tanaman. namun begitu oleh kerana kediaman penulis jenis rumah teres, penulis tidak dapat memperaktikkan kegemaran bercucuk-tanam.

Walau bagaimana pun, penulis cukup serasi dengan bunga-bungaan serta tumbuhan. Kali ini penulis ingin berkongsi beberapa tanaman berbunga dan tanaman untuk hiasan.



Bunga raya.







http://idristalu.blogspot.com/

Khamis, 24 Jun 2010

UTM berbakti di Padang, Sumatra Barat.

Sumber: Harian Metro Malaysia Online.
Oleh Ruhaiza Rusmin , ruhaizarusmin@hmetro.com.my
Tarikh: 2010/06/21

ATAS dasar prihatin terhadap kesengsaraan hidup mangsa gempa bumi Padang, Indonesia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menganjurkan program Meniti Sinar Kasih (Mersik 2010) di negara itu, baru- baru ini.

Program anjuran Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Dr Ismail itu bukan saja bertujuan melakukan kerja amal tapi turut menjalin hubungan persahabatan dengan mahasiswa sukarelawan dari Universiti Andalas Padang (UNAND).

Pengarah program, Mohd Fareez Abdullah berkata, menerusi program berkenaan, peserta dapat menyalurkan bantuan kepada masyarakat kampung yang terjejas, selain membantu proses pembinaan jati diri.

"Meskipun tujuan utama untuk memberi bantuan, peserta juga ditekankan dengan keperluan pembinaan kemahiran insaniah. "Mereka perlu menonjolkan keupayaan diri dalam menangani keperluan bergaul dengan masyarakat.

"Perbezaan budaya seperti percakapan antara cabaran yang terpaksa ditempuhi, selain perlu tahu menyesuaikan diri," katanya.

Ia kesinambungan program Perkongsian Sinar Bersamamu Acheh yang diadakan tahun lalu.

Seramai 18 peserta terbabit dalam Mersik 2010 yang berlangsung selama enam hari. Antara tugasan utama perlu dilaksanakan adalah pembinaan sumor bore iaitu saliran bagi membekalkan air bersih kepada masyarakat desa Lubuk Along.

Malah, program lawatan ke rumah anak yatim Tapuz, kenduri sekampung dan gotong-royong turut diadakan.

Mohd Fareez berkata idea penganjuran Mersik 2010 dicetuskan rentetan misi UTM untuk melahirkan mahasiswa cemerlang akademik dan sahsiah diri.

"Menerusi program ini, peserta bukan saja terpaksa berdikari mencari peruntukan dana tapi juga berusaha merealisasikan apa yang sudah dirancang.

"Ini platform terbaik mereka untuk mencabar keupayaan diri sekali gus menilainya sama ada sudah bersedia menjalankan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat sebenar atau sebaliknya," katanya.

Source: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/UTMberbaktidiPadang/Article

Kementerian Pelajaran belum cadang henti sistem matrikulasi

Sumber: Berita Harian Malaysia Online.

Tarikh: 2010/06/24

MESKIPUN diakui wujud beberapa kelemahan dalam sistem matrikulasi, beberapa naib canselor universiti dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berpendapat ia perlu diteruskan Kementerian Pelajaran kerana masih relevan dalam menyediakan peluang kemasukan ke universiti untuk pelajar Bumiputera.

Alimuddin berkata, matrikulasi sebenarnya diwujudkan sebagai trek pantas kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memasuki universiti dan kurikulumnya juga disediakan dengan keperluan untuk memenuhi tujuan itu.

Selain itu, katanya, memang diakui semua pelajar matrikulasi perlu sedar persaingan yang wujud antara mereka dengan pelajar lepasan diploma dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), namun atas kapasiti sebagai pelajar cemerlang dalam kalangan lepasan SPM, mereka sepatutnya mampu menempatkan diri dalam kalangan pesaing terbaik menerusi kiraan merit.

“Pelajar matrikulasi terdiri dalam kalangan mereka yang terpilih antara terbaik dalam keputusan SPM. Justeru, secara teorinya mereka mesti boleh mengikuti program itu dengan baik serta mampu menempatkan diri dalam kalangan terbaik.

“Kurikulum di matrikulasi bukan sebarangan, penyediaannya disertai semua naib canselor institusi pengajian tinggi (IPT). Keperluan IPT dimasukkan dalam kurikulum itu dan persefahaman itu sepatutnya sudah dikira mantap. Namun, saya tak nafikan wujudnya kelebihan dan kekurangan dalam mana-mana program yang ada.

“Program diploma memberi peluang kepada pelajar untuk memasuki bidang yang lebih khusus berbanding pelajar matrikulasi yang lebih terbuka peluang mereka menyertai jurusan lain. Justeru, untuk memastikan mereka berjaya ditempatkan dalam program yang mereka mahu, kenalah berusaha untuk mendapat keputusan terbaik,” katanya sambil mengakui pengambilan pelajar matrikulasi akan bertambah setiap tahun.

Pandangan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar mengenai kurang berkesannya matrikulasi dalam memberi laluan sesuai kepada pelajar ke universiti disangkal dua rakan sejawatannya dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berpendapat program itu perlu diteruskan untuk menyediakan pilihan kepada pelajar merencanakan masa depan mereka.

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Zaini Ujang, berkata pengajian tinggi sebenarnya bukan sekadar bermatlamat melahirkan tenaga mahir dalam sesuatu bidang tetapi turut berperanan membina insaniah bakal graduan supaya mempunyai karakter yang matang serta mampu berkomunikasi dengan cemerlang.

Justeru, isu kegagalan pelajar mendapat jurusan yang mereka minati bukanlah perkara besar dan sewajarnya dijadikan soal kedua kerana sudah terbukti ramai individu berjaya dalam kerjaya yang diceburi meskipun mempunyai ijazah dalam bidang berbeza.

“Ramai yang sudah berjaya, sedangkan dia tidak belajar pun bidang itu di universiti. Ramai tokoh korporat hebat tidak pernah pun belajar mengenai organisasi. Ramai juga ahli perniagaan yang langsung tidak pernah mengikuti bidang ekonomi atau perniagaan. Tengok sekeliling kita betapa ramai yang berjaya dengan memiliki ijazah dalam bidang berbeza.

“Jangan terlalu vokasional dalam menyediakan pendidikan. Pelajar kita selama ini terlalu banyak disuap.

“Kita perlu lebih fokus memikirkan bagaimana mahu mengeluarkan hasil berkualiti bukan mempersoalkan mengenai kemasukan. Tidak perlu bagi kementerian menutup opsyen yang ada ketika ini.

“Sistem di Malaysia sebenarnya menyediakan ruang yang pelbagai dan sewajarnya kita meraikan kepelbagaian itu. Ia memberi peluang kepada semua orang untuk membuat pilihan bergantung kepada kemampuan dan keupayaannya. Sudah sampai masa semua universiti mula memberi fokus kepada melatih kepemimpinan,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Nik Mustapha Abdullah, berkata meskipun ada kebenaran dalam kenyataan Naib Canselor UiTM itu, realiti yang perlu diambil kira ialah pelajar di matrikulasi adalah golongan cemerlang dalam SPM dan sewajarnya mereka tiada masalah untuk cemerlang ketika mengikuti program itu.

“Diakui memang sukar untuk memasuki bidang perubatan tetapi jika seseorang pelajar itu mampu lulus cemerlang dan layak, rasanya tiada masalah untuk dia menempatkan diri dalam kalangan mereka yang terpilih secara merit.

“Sistem sedia ada sekarang adalah satu sistem terbaik yang wajar diteruskan. Pelajar terbaik dalam SPM biasanya dapat tawaran ke seberang laut. Selebihnya akan mengikuti program matrikulasi yang saya anggap sebagai sumber penting sebagai laluan ke universiti.

Berita Harian cuba mendapatkan dua jabatan yang berperanan secara langsung dalam isu ini iaitu Jabatan Pengajian Tinggi dan Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran, namun kedua-dua pihak enggan mengulas dengan alasan ia adalah isu sensitif dan akan diselesaikan pada peringkat dalaman yang membabitkan perbincangan lanjut.

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KementerianPelajaranbelumcadanghentisistemmatrikulasi/Article/index_html

Pengajian diploma lebih jamin tempat pelajar Melayu di IPTA

Sumber : Berita Harian Malaysia Online.

Tarikh: 2010/06/24

Semakin ramai lepasan SPM cemerlang ikuti matrikulasi kecewa tidak ditawarkan jurusan diminati di universiti .

AYAH mahu kamu belajar sampai masuk universiti. Keluar nanti jadi doktor. Belajar rajin-rajin supaya boleh masuk universiti. Keluarga kita bukannya ada duit nak hantar kamu ke kolej swasta.”

Tekanan sebegini selalu sangat diberikan ibu bapa kepada anak mereka terutama bagi yang mahu menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ini kerana bagi ibu bapa, tiada jalan terbaik bagi merencanakan masa depan anak mereka kecuali mengejar ijazah di universiti terkemuka.

Jika ditanya pada pelajar, ramai yang menyatakan keinginan untuk mengikuti pengajian ijazah berbanding diploma, sedangkan sudah ramai pelajar berjaya mencapai kedudukan tinggi dalam kerjaya hanya bermula dengan diploma.

Mungkin atas sebab itulah, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar membuat kenyataan seolah-olah mempertikaikan keberkesanan sistem matrikulasi dalam menjanjikan peluang kemasukan ke jurusan ijazah, selain sijil matrikulasi sendiri tidak layak dijadikan dokumen rasmi menyertai pasaran pekerjaan.

Kata Dr Sahol Hamid, jika dibuat perbandingan, pelajar yang memasuki jurusan matrikulasi terpaksa bersaing dengan pelajar bukan Bumiputera yang mengambil peperiksaan STPM dan kebiasaannya, mereka akan mengisi tempat dalam jurusan perdana, misalnya perubatan dan perakaunan.

Keadaan ini menyebabkan ramai pelajar Melayu yang juga lulus cemerlang tetapi gagal dalam kiraan merit akan diserapkan ke jurusan bukan pilihan mereka, sekali gus bakal melahirkan bakal pekerja kurang berkualiti disebabkan ia bukan pilihan mereka.

Ia sekali gus merugikan industri, malah dikatakan antara penyebab ramai pelajar lepasan ijazah memilih menjadi guru dengan menyertai Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).
“Jumlah pelajar matrikulasi gagal mendapat tempat dalam jurusan yang mereka minat semakin ramai. Boleh dikatakan membimbangkan dan perlu tindakan segera. Realitinya, ramai yang tak sedar bahawa ada jalan lain untuk menyertai kursus yang mereka lebih berminat.

“Pengambilan pelajar matrikulasi perlu dikurangkan supaya lebih fokus dapat diberikan. Ia penting bagi memastikan mereka yang memasuki matrikulasi mendapat tempat dalam jurusan yang mereka minat.

“Tempat ke universiti untuk pelajar matrikulasi memang cukup tetapi masalahnya ialah jurusan. Bukan semua 30,000 pelajar matrikulasi berjaya, ada yang gagal,” katanya.

Beliau berkata, tempoh pengajian dalam bidang matrikulasi selama setahun pendek berbanding dua tahun bagi pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan tiga tahun bagi diploma, sekali gus mewujudkan tekanan tinggi terhadap pelajar matrikulasi untuk menghabiskan pelajaran dalam masa singkat.

“Budaya pelajar Melayu belajar sangat berbeza. Orang kita tak tahan tekanan. Mereka sebenarnya hebat tetapi ada budaya belajar tersendiri.

“Mereka bukan manja tetapi memerlukan tempoh agak panjang untuk membiasakan diri. Sebenarnya, jika diberi ruang dan masa secukupnya, orang kita (Melayu) mampu tampil hebat,” katanya.

Beliau berkata, persoalan lain ialah adakah pelajar matrikulasi sekadar menghafal untuk lulus cemerlang atau benar-benar menguasai ilmu yang diajar.

Dr Sahol berpendapat lebih menguntungkan jika pelajar memasuki jurusan peringkat diploma terlebih dulu kerana ia akan membolehkan mereka memasuki kursus diminati dan pasti ada tempat di universiti yang mempunyai pelbagai cabang kursus.

Selain itu, katanya, pembelajaran pada peringkat diploma lebih sesuai untuk membina daya pemikiran mengikut umur dan memberi peluang pelajar menyerap tekanan dengan lebih baik kerana tempoh pengajian lebih selesa selama tiga tahun.

“Peluang untuk lulus dalam jurusan peringkat diploma pula tinggi. Ketika ini mereka mempunyai dua peluang saluran iaitu ke peringkat ijazah atau memasuki industri. Berbanding ketika di matrikulasi, ramai yang gagal mendapat tempat sesuai.

“Sekurang-kurangnya, jika memasuki kursus diploma dan gagal mendapat kelulusan cemerlang, mereka masih boleh bekerja. Peratusan gagal dalam diploma pula tidak lebih lima peratus,” katanya.

Katanya, meskipun banyak manfaat jika memasuki kursus diploma, tidak ramai sedar kerana berasakan ia adalah peringkat rendah berbanding matrikulasi. Selain itu, pihak sekolah atau kaunselor sendiri kurang faham mengenai faedah dan keburukan sesuatu kursus.

Merujuk kepada peluang kerjaya, Dr Sahol berkata kebanyakan syarikat atau industri lebih berminat dengan pelajar berkemahiran dan yang memiliki diploma.
“Saya kerap dikunjungi wakil industri yang lebih berminat dengan pelajar diploma kerana mereka berkemahiran,” katanya.

Justeru, beliau berpendapat Kementerian Pelajaran tidak perlu membuat pengambilan terlalu ramai untuk peringkat matrikulasi bagi mengelakkan pelajar Melayu tidak rugi dan gagal memperoleh kursus yang dikehendaki.

Ini kerana, katanya, pengamatannya ke atas kualiti pelajar di universiti dan lepasan diploma yang menyambung pengajian ke peringkat ijazah lebih berkualiti berbanding mereka yang menyertai matrikulasi terlebih dulu.

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PengajiandiplomalebihjamintempatpelajarMelayudiIPTA/Article/index_html

Bazir masa dua tahun jika gagal ikuti kursus diminati

Sumber: Berita Harian Malaysia Online

Tarikh: 2010/06/24

MATRIKULASI sebenarnya merugikan orang Melayu lantaran ramai yang menempuh tempoh pengajian selama satu hingga dua tahun yang dianggap sia-sia kerana akhirnya tidak berjaya mendapat tempat dalam kursus yang dikehendaki, sedangkan mereka adalah kumpulan pelajar berpotensi dan cemerlang pada peringkat SPM.”

Itu antara pandangan yang dilontarkan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim, ketika diminta mengulas mengenai senario kedudukan pelajar matrikulasi terutama membabitkan pelajar Bumiputera. Kata beliau, majikan ketika ini lebih gemar memilih pekerja yang mempunyai kemahiran khusus serta lebih fokus. “Secara perhitungan kasar, pelajar yang gagal peringkat matrikulasi sudah membazirkan masa selama hampir dua tahun, sedangkan jika mereka mengikuti program diploma, dalam masa lima tahun, mereka sudah boleh menyelesaikan pengajian sehingga ke peringkat ijazah. Malah, ada yang boleh mendapat ijazah dalam masa empat tahun.

“Berbeza dengan pelajar matrikulasi, kebanyakan mereka terpaksa melalui tempoh pengajian hampir enam tahun untuk memiliki ijazah, sedangkan mereka pelajar cemerlang,” katanya.

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang, Mohd Aedlan Nur Ahmad, berkata beliau sendiri adalah produk matrikulasi yang dikecewakan kerana tidak mendapat kursus dikehendaki meskipun kelulusannya layak untuk memasuki bidang berkenaan.

“Ketika matrikulasi saya memilih bidang biologi tetapi ditawarkan untuk kursus dalam bidang kejuruteraan. Ia menyebabkan saya terpaksa belajar semula bidang fizik. Ia membuktikan dakwaan ramai orang yang matrikulasi sebagai tiket untuk masuk ke IPT tanpa mengambil kira kursus yang diingini.

“Bagi saya, pelajar diploma lebih baik sebabnya sejak awal lagi sudah didedahkan dengan bidang kursus tertentu dan alam pengajian di IPT. Berbeza dengan pengalaman di matrikulasi, setahun di sana bagai tiada apa-apa. Saya sebenarnya cemburu melihat rakan dari program diploma.

“Mereka (pelajar diploma) nampak seakan-akan sudah menguasai banyak bidang berbanding kami yang lahir daripada program matrikulasi. Mereka juga menguasai banyak ilmu luar kelas termasuk kepemimpinan. Pendek kata, mereka lebih matang,” katanya.

Bagi Mohd Aedlan, paling mengecewakan ialah sepanjang pengamatannya, hampir lebih separuh daripada pelajar di matrikulasi tidak mendapat tempat dalam jurusan yang diingini.

Berbeza pula pandangan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Muhammad Hilmi Juhari, yang beranggapan pemikiran pelajar matrikulasi lebih terbuka dan mampu diberi pendedahan bersaing dengan ramai pelajar.

Justeru, baginya, tidak timbul soal rasa kecewa jika tidak mendapat tempat dalam jurusan yang dikehendaki kerana sebenarnya matrikulasi satu laluan untuk ke IPT dengan ada dua lagi saluran lain iaitu diploma dan STPM.

Namun, dia mengakui jika dilihat dari segi kualiti pelajar ijazah di IPT, ia lebih dikuasai lepasan diploma yang kelihatan lebih matang serta mudah menguasai sesuatu bidang, mungkin kerana tempoh pengajian mereka sebelum ini yang lebih lama berbanding hanya setahun ketika di matrikulasi.

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2010062420434320100624204343/Article

Mata Ayam

By Idris Ismail Talu

Dalam suatu entri yang telah lepas, penulis muatnaikkan gambar pokok renik dari tanah tinggi Cameron Highlands, yang sebahagian orang mengatakannya sebagai pokok mata itik, manakala sebahagian orang pula menamakannya sebagai pokok mata ayam.

Pokok Mata Ayam.


Setelah penulis merayau di Taman Herba Negeri Perak di Batu Gajah, di sana ianya disebut pokok mata ayam.

Pokok Mata Ayam
Di Taman Herba Negeri Perak


Pucuknya digemari sebagai ulam.


http://idristalu.blogspot.com/

Akar Tunjuk Langit dan Khasiatnya

By Idris Talu

Akar tunjuk langit?
Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana kedua-duanya tunjuk ke langit. Memang benar kalau dilihat fizikal kedua jenis herba ini menunjuk ke arah langit. Pembaca bayangkanlah sendiri.

Apa khasiat akar tunjuk langit ini? Penulis bukan pakar herba, cuma berminat ingin tahu sahaja. Untuk mengetahui khasiatnya akar tunjuk langit ini, sila lihat gambar yang ketiga di bahagian bawah entri ini. Maklumat tersebut penulis rakamkan di Taman Herba Negeri Perak Darul Ridzuan tidak lama dahulu.


Akar Tunjuk Langit.
Nama Latin - Helmithostachys zeylanica.



Khasiatnya akar tunjuk langit.

Rabu, 23 Jun 2010

Muka Hadapan Utusan Melayu 3 September1949


Akhbar yang telah banyak berjasa membuka minda orang Melayu sehingga membawa dan menyatukan seluruh umat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu bersatu berjuang untuk memerdekan tanah air mereka dari belenggu penjajahan.

Sebelum Utusan Melayu diterbitkan, persuratkhabaran berbahasa Melayu dikuasai oleh pemodal-pemodal berketurunan Arab. Pemodal-pemodal ini kurang menghayati perjuangan umat Melayu yang terdiri dari pelbagai kelompok mengikut tempat asal mereka, seperti Melayu Banjar, Melayu Bugis, Melayu Minang, Melayu Patani, Melayu Riau, Melayu Acheh dan pelbagai kelompok lagi.

Sebelum Utusan Melayu diterbitkan, akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang sedia ada kurang terlibat dalam usaha penyatuan perjuangan politik Melayu untuk menuntut kemerdekaan dari penjajah.

Akhbar Utusan Melayu telah menyatukan usaha politik keMelayuan secara menyeluruh dalam usaha mereka untuk mencapai kemerdekaan, walau pada dasarnya aktivis-aktivis dalam Utusan Melayu datang dari pelbagai jenis kelompok atau puak politik.

Gambar di atas ialah sebahagian dari muka hadapan akhbar Utusan Melayu keluaran hari Sabtu 3 haribulan September 1949, bersamaan 10 Zulqaedah 1368 Hijriah. Pada masa ini, harganya masih tetap 10 sen senakhah.

Tumbuhan Semula Jadi Cameron Highlands

By Idris Talu
Penulis ingin berkongsi keindahan pohon renik dan juga pohon paku pakis yang banyak tumbuh di sekitar kawasan Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur.


Tumbuhan di lereng bukit yang renik tetapi cantik ini.
Penulis belum tahu namanya.
Gambar di atas, sejenis paku-pakis kecil.



Ada orang menyebutnya sebagai "paku gajah"

"Paku gajah" indah di sebuah air terjun di Cameron Highlands.

Sejenis tepus, banyak di dapati di Cameron Highlands.

http://idristalu.blogspot.com/

Kenangan di Bukit Uhud

By Idris Ismail Talu

Perang Uhud amat diingati dalam sejarah perkembangan Islam, kerana ianya menjadi titiktolak yang amat berkesan dan cukup bermakna.

Peperangan Uhud telah terjadi pada awal Syawal dalam tahun 3 Hijriah. Di dalam peperangan ini, tentera Muslimin yang berjumlah seramai 700 orang berhadapan dengan pihak musuh – Musyrikin dari Makkah seramai 3,000 orang.

Peperangan itu telah berlaku di sini, suatu tempat yang berhampiran dengan Bukit Uhud yang dapat dilihat di dalam gambar di bawah. Di dalam peperangan ini, tentera Muslimin diketuai oleh Rasulullah SAW sendiri, manakala tentera Musyrikin diketuai oleh Abu Sufian.

Pada mulanya, pihak musuh sudah dapat diusir agak jauh dari medan pertempuran. Apabila pihak musuh sudah menjauhkan diri, tentera Muslimin pula leka dengan rampasan perang.

Madrasah Hamzah bin Abdul Mutalib
berlatarbelakangkan Bukit Uhud.


Pasukan pemanah yang telah diarahkan oleh Rasulullah SAW supaya tetap berada di atas suatu bukit yang strategik di situ supaya, walau dalam apa keadaan sekali pun, telah mengingkari arahan Rasulullah dan turun dari menjaga kedudukan di atas bukit untuk turut mengambil rampasan perang. Tindakan tentera pemanah ini mendedahkan pasukan Muslimin kepada serangan balas mengejut dari pihak Musyrikin.

Kuburan syuhada di tempat peperangan berlaku
yang sekarang telah dibina tembok di sekelilingnya.


Apabila keadaan alpa ini berlaku dan dilihat oleh pihak Musyrikin, mereka pun menyerang balas. Dalam serangan balas inilah, ramai tentera Islam gugur syahid.

Di antara yang gugur syahid dalam Peperangan Uhud ini ialah Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib (bapa saudara Rasulullah sendiri).


Walau pun tentera musuh akhirnya dapat diusir, namun ramai tentera Muslimin gugur dalam peperangan ini. Tidak patuh kepada arahan ketua (kepimpinan), merupakan salah satu punca utama “kekalahan” dalam peperangan ini.

Peperangan ini menyedarkan umat Islam bahawa mereka perlu patuh kepada arahan kepimpinan dalam setiap perjuangan.

@http://idristalu.blogspot.com/

Selasa, 22 Jun 2010

Utusan Melayu Bilangan Pertama


Muka hadapan Utusan Melayu keluaran pertama pada 29 May 1939, yang diterbitkan di Singapura, dan dijual dengan harga cuma 10 sen senaskhah.


Isnin, 21 Jun 2010

Lemah tenaga batin ada kaitan sakit jantung: Kajian

Sumber: Berita Harian Malaysia.

KUALA LUMPUR: Tujuh daripada 10 pesakit lelaki yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini untuk rawatan sakit jantung, dikesan mengalami masalah lemah tenaga batin, kata Pakar Kardiologi hospital itu, Dr Ramesh Singh Veeriah.

Beliau berkata, dalam kajian yang dilakukan pada tahun lalu ke atas 111 pesakit lelaki yang pada mulanya aktif seks, tetapi selepas mereka dimasukkan ke PPUM untuk rawatan sakit jantung, sebanyak 75.7 peratus daripada mereka didapati mengalami masalah lemah tenaga batin.

“Masalah lemah tenaga batin ini dikesan berlaku enam bulan sebelum mereka dimasukkan ke PPUM,” katanya.

Data berkenaan dimuatkan dalam kertas kerja beliau yang dibentangkan pada Kongres Kardiologi Sedunia di Beijing, China, semalam.

Dr Ramesh berkata, seramai 219 pesakit jantung lelaki dimasukkan ke Unit Penjagaan Kardiologi PPUM daripada April 2008 hingga Februari tahun lalu dan daripada jumlah berkenaan, 192 diperiksa dan hanya 111 pesakit yang aktif seks sejak enam bulan sebelum itu yang diuji mengalami masalah lemah tenaga batin.

Beliau berkata, masalah lemah tenaga batin dan Penyakit Arteri Koronari (CAD) mempunyai persamaan faktor risiko yang banyak dan saling berkait rapat. – Bernama

Sumber: Berita Harian Malaysia
http://www.bharian.com.my/articles/Lemahtenagabatinadakaitansakitjantung_Kajian/Article
Date: 2010/06/21

Jemaah Malaysia tinggal dekat Masjidil Haram

Tulisan: AZMAN MD. NOOR
Utusankedah@utusan.com.my

SIK 20 Jun – Tabung Haji telah membuat persiapan rapi dalam memastikan semua jemaah haji Malaysia tinggal dalam keadaan selesa dan dekat dengan Masjidil Haram ketika menunaikan rukun Islam kelima itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata , jemaah haji negara ini akan diberikan penginapan pada jarak antara 1.2 kilometer dengan Masjidil Haram berbanding jemaah dari negara lain.

“Kita telah membuat persiapan rapi supaya lebih memberi keselesaan keada jemaah dari negara ini,” katanya selepas merasmikan program Juara Rakyat di Pondok Ahmadiah Kuala Beris dekat sini hari ini.

Dalam pada itu Jamil Khir berkata, Malaysia masih menunggu jawapan daripada kerajaan Arab Saudi dalam menetapkan kuota jemaah haji negara ini.

Katanya, kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berusaha untuk memastikan kuota jemaah haji Malaysia dapat ditambah pada tahun ini.

Beliau berkata, kerajaan telah memohon kepada kerajaan negara berkenaan supaya kuota haji bagi jemaah dari negara ini ditambah.

Katanya, setakat ini kuota jemaah haji bagi Malaysia masih kekal iaitu sebanyak 26,000 orang.

Sementara itu beliau memberitahu, Tabung Haji akan memberi keutamaan kepada bakal haji yang berusia lebih 75 tahun untuk mengerjakan haji tahun ini.

Selain itu katanya, mereka yang sakit dan Orang Kurang Upaya(OKU) yang mempunyai muhrim masing-masing akan turut diberikan keutamaan.

Sementara itu beliau berkata, kerajaan sentiasa bersedia memberi bantuan pendidikan kepada sekolah-sekolah agama berasaskan sistem pengajian pondok di negara ini dalam usaha meningkatkan tahap pengajian Islam di sekolah berkenaan.

Jamil Khir berkata, sekolah-sekolah pondok tidak terkecuali daripada mendapat bantuan pendidikan sekiranya mereka berdaftar dengan Kementerian Pelajaran di bawah program Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK).

“Sekolah pondok tidak terasing untuk turut diberi bantuan tetapi mereka perlu mendaftar di bawah program SABK ini,” katanya.

Pada majlis itu itu Jamil Khir turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada pengurusan Pondok Ahmadiah bagi kemudahan pondok yang mempunyai pelajar kira-kira 132 orang.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Date: 21/06/2010

Bunga-bungaan Di Cameron Highlands

By Idris Ismail Talu

Pelbagai jenis tumbuhan hiasan terdapat di Cameron Highlands. Ada yang jenis berbunga, ada yang cantik pada pohon atau daunnya sendiri.

Daun ati-ati, hijau di tepi, kemerahan di tengahnya.

Dahlia orange - pelbagai corak warnanya.

Sejenis lagi ati-ati bewarna merah hati.

Di kampung ianya disebut asam-asam.

Penulis belum dapat namanya.

Clock vine berasal dari Mysore India.





Pintu masuk ke Mardi, Cameron Highlands.



http://idristalu.blogspot.com/

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran