TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 31 Januari 2010

Utusan Melayu 0102-2010

Utusan Melayu 01 February 2010 - Tarikh Istimewa
By Idris Ismail Talu


Sebagaimana biasa, penulis ingin berkongsi maklumat tentang akhbar bertulisan jawi, Utusan Melayu dengan pembaca blog yang dihormati.

Kepada pembaca dari kalangan orang Melayu, tidakkah kita sedih melihat akhbar bertulisan jawi berkubur di negeri kita sendiri?

Coba kita lihat, rakan-rakan kita dari kalangan Tionghua dan Tamil, mereka membawa ke mana mereka pergi tulisan asli mereka, sedangkan kita? Orang Tamil hanya berapa juta sahaja di Malaysia, tetapi tulisan mereka boleh hidup terus di Malaysia ini. Kenapa tulisan asli kita tidak boleh?

Kita boleh menyalahkan orang tertentu yang menyebabkan tulisan jawi malap di negara kita sendiri, tetapi adakah kita benar-benar berusaha melalui saluran yang halal untuk memakmurkan semula tulisan jawi?

Di bawah ini penulis paparkan akhbar Utusan Melayu Mingguan yang terbit setiap Isnin.


Gempur VCD/DVD haram.

Menggali semula lombong Sungai Lembing.



©idrisismailtalu@2010

Allahyarham Tun Ghazali Shafie dalam kenangan

By Idris Ismail Talu

Kepulangan ke rahmatullah Tun Ghazali meninggalkan banyak kenangan kepada kita. Allahyarham amat mengambil berat tentang untung nasib para pejuang negara dan para budayawan negara.

Antara pahlawan dan pejuang negara yang didekati oleh Allahyarham Tun ialah Allahyarham Pahlawan Mat Kilau dan Allahyarham Dr Ishak bin Haji Muhammad atau yang lebih dikenali sebagai Pak Sako.


Gambar di atas, penulis petik dari majalah Mastika July 1976, diambil semasa penduduk Ulu Langat meraikan Allahyarham Pak Sako yang baru menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari DYMM Raja Permaisuri Agung ke 5, di Universiti Malaya.

©idrisismailtalu@2010

Sahabat - Menurut Prof. Dr. Hamka

Pandangan Prof. Dr. Hamka mengenai sahabat:-


1. Persahabatan adalah satu-satunya pintu kemerdekaan kita. Banyak perkara yang tidak dapat kita nyatakan kepada isteri atau suami atau ibubapa kita sendiri, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. Sebab itu persahabatan yang jujur itu adalah salah satu dari tangga kejujuran.

2. Untuk kita memperolehi sahabat, maksudnya supaya kita boleh diterima oleh orang lain sebagai sahabat, kita sendiri perlu menjadi sahabat kepada orang lain.

3. Sahabat biasanya suka dengan kita, tetapi tidak semua orang sukakan kita adalah sahabat kita.

4. Kesenangan dan kemewahan hidup kita kadangkala menyebabkan kita mudah mendapat ramai kawan. Pateri atau ikatan persahabatan yang sebenar akan teruji di waktu kita menempuh kesukaran.

5. Semulia mulia kewajipan seorang sahabat ialah kita mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat kita sebelum dia menyatakan kehendak dan kemahuannya.

6. Jika sahabat kita ketawa, sahabat itu hendaklah memberitahu kita kenapa dia ketawa. Jika sahabat kita menangis, kita yang perlu selidiki kenapa dia menangis.

7. Jika kita memberikan sesuatu kepada sahabat kita, ianya bermaksud kita memberikan kepada diri kita sendiri.

8. Apabila seseorang itu merasakan diri sudah menjadi orang besar, dia akan lupa salah silapnya, hanya sahabat yang setia yang sudi menegor kesilapannya.

9. Cemburu perempuan kepada sahabat perempuan, akan memutuskan tali persahabatan.

10. Penenang hati kepada manusia ada dua. Pertama, ialah keimanan kepada Allah, kedua percaya kepada sahabat.

Mutiara kata Prof. Dr. Hamka yang dipetik dari bukunya, Falsafah Hidup.

Sabtu, 30 Januari 2010

Durian Hutan - Tapah

By Idris Ismail Talu

Durian ini dijual oleh Orang Asli yang tinggal di beberapa bahagian hutan sepanjang jalanraya dari pekan Tapah di Perak hingga ke Ringlet di Cameron Highlands, Pahang.

Buahnya agak kecil, tiga biji buah durian ini baru mencapai berat satu kilogram. 1 kg dijual dengan harga RM7.00, agak mahal. Walau pun begitu, ramai pelancung (tourist) gemar membelinya - kerana durian ini hidup secara semula jadi di dalam hutan rimba di kawasan kediaman Orang Asli ini.

Pelancung sendiri memberikan nama durian ini sebagai durian organik.



Gambar ini penulis rakamkan di Jalan Pahang, antara Tapah ke Cameron Highlands.

©idrisismailtalu@2010

Pertemuan-Kopi darek-Antara Penggerak Utama

By Idris Talu
Berikut ialah antara penggerak utama yang menjadikan "kopi darek' warga R@ntauNet dan Cimbuak di Restoran Pelita Nasi Padang berjaya dilaksanakan.







Terima kasih atas usaha semua sehingga pertemuan "kopi darek" dijayakan.


Pertemuan- Kopi darek-Perpisahan

By Idris Talu
 
Akhirnya, majlis pertemuan "kopi darek" pun sampai ke hujungnya. Yang berbahagia, dr Ksuheimi memberikan nasihat-nasihat dan motivasi untuk kita sama-sama meneruskan perjuangan hidup. Pandangan dan nasihat bernas dari beliau amatlah kami hargai.




Dr. K Suheimi memberikan motivasi dan pedoman berguna untuk berjaya dalam kehidupan.


Dr. K Suheimi di samping Anuar, Nursal dan Abdurrahman.


Nursal dari RTM masih berdiskusi sama Dr. K Suheimi.


Pak Amin Leo di kiri Dr K Suheimi.


Masih tetap ceria.


Akhirnya kami bergambar beramai-ramai. 

 

Pertemuan-Kopi darek-Santapan

By Idris Talu

Kini tibalah masanya untuk menikmati juadah hidangan yang disediakan oleh Restoran Pelita Nasi Padang di Ampang ini.


Pak Dr. K Suheimi dan yang lain-lainnya menikmati hidangan nasi Padang.






Pak Armin Raymon dan Pak Amin Leo.


Puan Salbiah bersama tetamu dari Sumatra.


Bu Dr. Zurtias dan Bu Mimik.


Menghadapi hidangan.


Nasi Padang.




Dr Yosza dari UTeM Melaka dan Pak Yonda Jabar.

http://idristalu.blogspot.com/


Pertemuan - Kopi darek - Juadah Hidangan

By Idris Talu
 
Penulis ingin paparkan foto beberapa juadah hidangan yang disediakan oleh Restoran Pelita Nasi Padang, di Ampang.




















Pertemuan-Kopi darek-Majlis Silaturrahim

By Idris Talu

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, kami semua dapat berkumpul di Restoran Pelita Nasi Padang di Taman Nirwana, Ampang, Kuala Lumpur, lebihkurang jam 2.00 petang.

Penulis ingin kongsikan bersama suasana majlis silaturrahim beberapa anggota R@ntauNet dan Cimbuak dari Semenanjung Tanah Melayu dengan anggota rombongan dr Ksuheimi dari Pekan Baru, Sumatra.

Majlis berlangsung dalam suasana ramahmesra, walaupun inilah pertama kalinya penulis dan keluarga dapat bertemu anggota R@ntauNet dan Cimbuak ditambah lagi dengan adanya tetamu istimewa kami dr Ksuheimi, isterinya dan beberapa anggota rombongan beliau yang dalam perjalanan pulang dari Hong Kong, China.




Idris Talu, Pak Armin Raymon, Dr K Suheimi, Nursal, dan Abdurrahman dalam suasana yang cukup mesra.


Anwar (Haqil WalFaqir)

Pak Anuar, Pak Abdurrahman, Sutan Sinaro dan Dr K Suheimi.




Yosza Dasril (Melaka), Nursal Alan (KL) dan Idris Talu (Ipoh).

Pak Yonda Jabar dan Abdurrahman


Dr Yosza, Pak Amin Leo dan Sidi Arshad.


Dr. Zurtias (isteri Dr. K Suheimi) berbual dengan Puan Salbiah Idris.


Silaturrahim sebelum makan.


Suasana ceria pertemuan.

 



CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran